Selasa, 11 Februari 2014

Resepi - Ayam Masak Rempah


AYAM MASAK REMPAH
Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz besar - dipotong 18 dan dibersihkan
1 paket kecil rempah kari daging
2 biji buah pala - dibuang kulit
10 sm kulit kayu manis - dipatah 2
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
 

8 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 cawan kerisik
2 keping asam gelugur
1 tin susu cair
1 1/2 biji kelapa - diperah santan pekat
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan-bahan untuk dikisar halus:

7 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 sm halia
2 batang serai
2 sm lengkuas
5 biji buah keras

Cara menyediakan:

1. Jerang air hingga mendidih. Rebus ayam selama 10 minit sebelum digaul dengan garam dan kunyit.
2. Kemudian goreng ayam ini hingga masak. Ketepikan.
3. Sangai kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis, ketumbar dan jintan putih.
4. Kisar halus bahan-bahan yang disangai tadi bersama-sama buah pala yang sudah dibuang kulit.
5. Kemudian, campurkan bahan-bahan yang dikisar itu dengan rempah kari daging. Gaul rata.
6. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Kacau sehingga layu.
7. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus serta bahan-bahan yang dikisar menjadi rempah.
8. Kacau hingga pecah minyak dan hilang bau rempah.
9. Masukkan susu cair, santan pekat, kerisik, asam gelugur, garam dan gula. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
10. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau lagi sehingga rata.
11. Apabila kuah mulai pekat, bolehlah dihidangkan. 
saji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...