Ilmu
yang bermanfaat tidak dapat dinilai dengan mata kasar, tetapi nilainya
amat tinggi kerana mampu mencelikkan hati yang buta dengan kejahilan dan
kesesatan. Oleh itu, jangan takbur dengan habuan dunia sebaliknya
berusaha mendapatkan ganjaran yang kekal di akhirat nanti.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu kami jadikan
untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di
muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang yang
bertakwa.” (Surah al-Qasas, ayat 83)
Ini mengingatkan kita tiada kehidupan yang baik buat orang sombong dan takbur di akhirat kelak, melainkan hamba-Nya yang bertakwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
Orang sombong
Orang yang sombong juga tidak disukai Allah SWT. Firman-Nya yang
bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana
sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan
diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW kita akan cepat menyedari
Baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat
menghormati serta tidak sombong walaupun apabila berdepan musuh.
Bahkan sifat pemaaf Rasulullah SAW sepatutnya menjadi perangsang
kepada kita untuk membina silaturahim dengan sesiapa saja walaupun
dengan orang yang telah menzalimi kita jika dia kembali kepada Allah SWT
dan rasul-Nya.
Sikap penghuni mereka
Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab, “Sesungguhnya aku pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mahukan aku khabarkan kepadamu sikap
penghuni neraka: orang yang berperangai kasar, mendabik dada saat
berjalan lantaran sombong.” (Muttafaq ‘alaih)
Orang yang sombong menghina orang lain di dunia, di akhirat kelak
mereka turut mendapat kehinaan Allah SWT. Orang yang takbur dengan
habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah SWT, iaitu hak
uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa.
Sifat sombong boleh dijernihkan dengan tawaduk dan menghambakan diri
kepada Ilahi. Hubungan baik sesama manusia juga bertitik tolak daripada
hubungan baik dengan Allah SWT. Orang yang tinggi sifat kehambaannya
akan merendah hati apabila bermuamalah sesama makhluk.
epondok di Februari
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan