Ahad, 6 Julai 2014

Oberoi Udaivilla : Hotel Dengan Kemewahan Zaman Silam Rajah India

Kaya Bagai Raja

Pada suatu ketika India terdiri daripada puluhan negeri -negeri kecil dengan sistem beraja mereka yang tersendiri. Raja paling terkenal dalam sejarah India ialah Shah Jehan yang merupakan seorang raja Empayar Mughal. Sistem beraja India digantikan oleh sistem Raj British dimana kesemua raja -raja India dilucutkan kuasa selepas India menjadi koloni British. Raja dan Ratu Britain menggantikan tempat mereka dengan Ratu Victoria menjadi ratu yang pertama koloni ini. Sistem beraja ini digantikan sepenuhnya dengan sistem republik pada tahun 1950.

Semasa zaman kegemilangan sistem beraja, ratusan istana dibina oleh raja-raja India bagi menunjukkan kuasa dan kemewahan mereka. Selepas kehilangan kuasa mereka tidak boleh lagi mengutip cukai dan terpaksa menjual harta turun temurun. Ada istana agam yang terbiar dan ada yang kini diubahsuai menjadi hotel mewah. Oberoi Udaivilla ialah salah sebuah istana raja yang kini menjadi hotel mewah.Istana lama ini terletak di Udaipur, Rajastan di tepi Tasik Pichola.  Pada tahun 2012 Oberoi Udaivilla disenaraikan sebagai hotel ke empat terbaik di dunia. 





Apabila menetap disini anda akan dilayan seperti seorang Rajah. Anda dapat menikmati kehidupan seperti golongan darah biru ratusan tahun yang lalu dengan rekaan autentik dari zaman tersebut. Anda juga boleh menimati pemandangan tasik berdekatan disamping banjaran gunung berdekatan. Harga penginapan semalam bermula dari Rupee 4800 (RM 2855) semalam dan meningkat kepada Rupee 5 juta (RM 266 500) semalam untuk villa peribadi. Memang swag dan memang tidak marhaen!



 
 
 

Sumber Oberoi Udaivilla menerusi blog serius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...