Seperti yang Abang Nara katakan sebelum ini, kesedaran selebriti wanita muda untuk menutup aurat semakin hari semakin tinggi. Nampak gaya boleh kira dengan jari sahaja mereka yang tidak bertudung. Semoga dengan memenuhi tuntutan syariat ini, kontroversi yang hadir dalam diri selebriti-selebriti ini juga turut sama berkurangan. Kata Neelofa menerusi Harian Metro mengenai penghijrahannya:-
Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.
Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela.
Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya. Alhamdulillah pintu hati ini dibuka lebih awal buat saya. Insya Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru.
Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pemberi semangat buat saya. Saya sudah lama fikirkan untuk bertudung.
Sebab itu saya banyak hadir ke kelas-kelas agama, mengikuti kelas tafsir Al Quran dan banyak lagi kerana saya tidak mahu faktor sekeliling atau individu tertenu yang mengubah sebaliknya biarlah ilmu yang membawa saya kepada sebuah perubahan buat saya.
Sesungguhnya Neelofa memang tampak lebih manis, jelita, menawan dan memukau apabila bertudung. Semoga perubahan ini berkekalan buat selama-lamanya. Tak kisahlah peminat sokong atau tidak, yang penting kita berubah keranaNya. Tak gitu? Tahniah Neelofa.
http://beautifulnara.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan