Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah
kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil
keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.
Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton
rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu
menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.
Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada
dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa dimuatnaik
pada 29 Jun lepas.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana
Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan
mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.
“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.
“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil
sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia
kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia
dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang
kertas.
Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.
Seorang lagi juri program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan
bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan Allah membenarkan segala-galanya
apabila Allah sendiri berfirman bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah
kitab suci yang mudah dipelajari. – MYNEWSHUB.MY
Alhamdullilah
BalasPadam