Rabu, 2 Julai 2014

Sungguh, Wanita Sebegini CANTIK!

Sungguh! Kecantikkan sentiasa menjadi impian, idaman dan kegilaan seorang wanita. Namun tidakkah kalian (wahai wanita) tahu bahawa disebalik kecantikan di balik kulit nipis ini ada simbolik yang lebih jelas Allah s.wt ingin kalian berfikir? Lihat dan singkap 10 perkara yang buat anda menjadi WANITA PALING CANTIK.



  • Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  • Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  • Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
  • Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  • Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  • Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
  • pakar cinta

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...