Khamis, 7 Ogos 2014

Tips untuk mengenalpasti produk berkaitan Israel - WAJIB BACA

Ok sebelum ni aku dah tulis pasal perangai segelintir orang Malaysia   yang nak boikot produk Yahudi tapi tak berapa nak guna otak sebaliknya lebih guna emosi. Kita kena faham, boikot tu bermaksud tidak membeli, dan kita menyeru kepada orang ramai agar turut tidak membeli jenama yang diboikot, dalam hal ini produk2 yang mempunyai kaitan dengan Israel. Tapi produk2 mereka terlalu banyak, macam McD, Starbuck tu ramailah orang tahu. So macam mana kita nak tahu dan kenalpasti yang produk itu ada kaitan dengan Israel?



Kalau siapa2 yang ada smartphone iPhone atau Android, boleh download aplikasi mobile Buycott seperti berikut:





Caranya senang je, register dulu (atau boleh juga sign-in pakai Facebook profile), lepas tu pilih kempen (Campaign) seperti "Long live Palestine boycott Israel" dan "Avoid Israeli Settlement Products".



Lepas tu scan barcode mana2 produk yang korang bercadang nak beli dan dia akan bagitau sama ada produk tersebut ada kaitan dengan Israel dan harus dielakkan atau tidak. Aku try scan beberapa barang kat rumah aku dan terjumpa la jugak beberapa barangan yang perlu dielakkan untuk dibeli lagi.


Ini antara barang kat rumah aku yang OK dan tiada kaitan dengan Israel:


Antara barang yang aku dah beli sebelum ini yang berkaitan Israel dan perlu diboikot:



Kita juga boleh melihat Family Tree bagi sesuatu produk yang telah discan, siapakah Syarikat Induk, anak syarikat dan kumpulan jenama yang di bawahnya.
 http://infogilebabeng.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...