Hadis yang diriwayatkan
Muslim dalam Sahihnya dari Abu Hurairah. Di bahagian akhirnya disebutkan
kehancuran Dajjal di tangan Isa ibn Maryam, "Apabila mereka (pasukan
Islam) bersiap sedia berperang, saat mereka merapatkan saf untuk
mendirikan solat, Isa ibn Maryam turun dan mengimami mereka. Ketika
musuh Allah melihat Isa, dia pun meleleh seperti cairnya garam dalam
air. Seandainya Isa membiarkannya, dia akan cair sampai binasa. Namun
Allah membunuhnya kemudian di tangan Isa, agar Isa memperlihatkan kepada
mereka darah musuh itu dalam peperangannya. "
Dalam Hadis Ibn Majah,
Sahih Ibn Khuzaimah dan Mustadrak al-Hakim diriwayatkan dari Abu Umamah
dengan sanad sahih bahawa Nabi SAW bersabda, "Dan imam mereka (imam kaum
muslim yang mempersiapkan diri untuk memerangi Dajjal) adalah seorang
lelaki soleh. Ketika imam mereka telah maju untuk mengimami solat Subuh,
tiba-tiba Isa ibn Maryam turun. Segera imam itu mundur untuk
mempersilakan Isa. Isa meletakkan tangannya di bahu lelaki itu, kemudian
berkata kepadanya, 'Teruskanlah dan solat, kerana ikamat solat
dikumandangan untukmu.' Lalu imam tersebut mengimami mereka. Ketika dia
berangkat, Isa berkata, 'Bukalah pintu!' Mereka lalu membukakan pintu,
dan disebaliknya ada Dajjal bersama 70000 Yahudi yang lengkap
bersenjata. Ketika Dajjal melihat Isa, dia cair seperti cairnya garam
dalam air, dan Dajjal lari ketakutan. Isa berjaya mencari Dajjal di
pintu gerbang kota Ludd dan berjaya membunuhnya. Allah menghancurkan
Yahudi. Tidak ada makhluk ciptaan Allah baik batu, pohon, dinding dan
haiwan yang menjadi tempat persembunyian orang Yahudi yang tidak bicara,
'Hai muslim hamba Allah, ini ada orang Yahudi. Kemari dan bunuh dia!
'Kecuali pohon Gharqadah, kerana ia pohon kaum Yahudi. "
Dari Abu Hurairah
diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku
sehingga kaum muslim berperang dengan Yahudi berjaya membunuh mereka.
Sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon itu
berbicara, 'Hai muslim hamba Allah, ini orang Yahudi ada dibelakangku.
Kemari dan bunuhlah dia 'kecuali pokok Gharqad, kerana ia adalah pohon
kaum Yahudi. "
*Diterjemahkan
Oleh Detik Islam dari sumber dari islampos.com [Ensiklopedia Kiamat /
Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan