gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah ucapkan syukur atas
nikmat yang di berikan pada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita tak akan lari dari pelbagai
ujian dan dugaan dari Allah. Setiap manusia di uji dengan berbeza-beza
ujian mengikut ketentuannya.
Kita di uji dan terus di uji untuk melihat sejauh mana kita . Tetapi ramai yang mengeluh apabila di uji sedangkan di sebalik ujian itu ada sinar yang kita tidak di ketahui. Zaman moden, pemikiran yang moden dan pemakaian juga haruslah moden itulah salah satu ujian yang perlu di tempuhi anak muda kita. Ada yang mampu hadapinya dan ada yang hanjut di bawa permainan dunia.
Kita di uji dan terus di uji untuk melihat sejauh mana kita . Tetapi ramai yang mengeluh apabila di uji sedangkan di sebalik ujian itu ada sinar yang kita tidak di ketahui. Zaman moden, pemikiran yang moden dan pemakaian juga haruslah moden itulah salah satu ujian yang perlu di tempuhi anak muda kita. Ada yang mampu hadapinya dan ada yang hanjut di bawa permainan dunia.
Bila lihat remaja zaman sekarang mereka sangat untung. Muda-muda dah dapat apa yang mereka mahukan, iphone , ipad dan sebagainya.Tapi sayangnya ada segelintir mereka tidak menghargai apa yang mereka ada.Baju buruk sedikit di buang, handphone silih bertukar ganti, kasut koyak sedikit beli baru dan macam-macam lagi. Bila teringat zaman dulu-dulu buatkan air mata ini mampu mengalir tanpa di pinta, acik bukanlah dari keluarga yang senang. Dulu kalau dapat berlanja sekolah hanya RM 1.Itulah untuk belanja sekolah pagi dan petang. Kasut dah lodoh dan macam mulut buaya di depannya itu baru dapat tukar.
Masih
segar di ingatan acik dan abang berkongsi tali leher yang sama. Abang
sekolah di belah pagi dan acik di belah petang jadi tunggu di pagar
untuk mengambilnya. Kami hidup dalam serba serbi keterbatasan sumber.
Tetapi dari situlah kami belajar erti hidup untuk keluar dari kepompong
kesusahan. Tetapi kami tidak pernah menjadikan kemiskinan itu sebagai
alasan untuk kami berjuang dalam hidup kami. Abang malam bekerja tolong
rakannya berniaga di kedai burger untuk mencari duit lebih.Kalau makan
kami berkongsi walaupun sedikit asalkan semua dapat merasa.
Kamu
tidak akan menghargai sesuatu itu selaginya ianya adalah hasil kerja
keras kamu. Yelah nak apa sahaja"just order "pasti dapat.Kemudahan semua
sudah tersedia dan boleh nak kata anak muda sekarang ini berpeluh
sedikit pun dah merungut.Bersyukurlah adik-adik apa yang kamu dapatkan,
masih ramai di luar sana masih sangat memerlukan.Kemajuan yang ada
sekarang ini membuatkan remaja kita berlumba-lumba untuk menjadi siapa
yang paling "up to date person " dan ingin di war-warkan kepada semua
orang.
Nak
bergaya tak salah tapi biarlah berpada, Nak mengikuti perkembangan
teknologi tak salah tapi biarlah membeli yang perlu sahaja. Nak beli
barang berjernama tak salah tapi tak perlu nak menunjuk-nunjuk.
Gunalah konsep wasatiyah iaitu besederhana dalam semua aspek. Kta di dunia ini bukan hanya untuk mencari kemewahan di dunia sahaja tetapi kemewahan akhirat juga amat di perlukan.
Kesusahan
yang kami hadapi itu mengajar kami erti hidup dan pengalaman yang kami
ada ianya amat berguna untuk kami. Acik kongsikan apa yang acik jalani
bukanlah menagih simpati tetapi untuk kamu sedar bahawa kamu bernasib
baik dengan apa yang kamu miliki sekarang ini. Jangan kufur nikmat yang
Allah berikan pada kita. Kemiskinan itu ujian dari Allah, kekayaan juga
ujian Allah untuk kita.
Firman Allah s.w.t., maksudnya : "Oleh itu
ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku),
supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku
dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)." (Surah al-Baqarah 2:152)
Al-Allamah Ibn Kathir rhm. dalam tafsirnya menyatakan : "Allah s.w.t.
memerintahkan hamba-hamba-Nya agar bersyukur atas kurniaan nikmat-Nya
yang tidak terhitung dan Allah s.w.t. menjanjikan tambahan kebaikan bagi
mereka yang mengikat nikmat itu dengan kesyukuran."
http://www.akupenghibur.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan