Jumaat, 5 September 2014

Teka Teki Orang Islam, Boleh Jawab Tak?


1. Ada seseorang menemukan bangkai di jalan, kemudian dia makan sampai kenyang dan sisanya dia bawa pulang. Padahal dia tidak gila, tidak kelaparan, juga tidak terpaksa. Mengapa blaku demikian?

2. Pada dasarnya, tanah boleh menggantikan air. Orang yang hadas kecil dan dia tidak memiliki air, boleh tayammum dengan tanah. Orang yang junub dan tidak mendapatkan air, boleh tayammum dengan tanah juga. Tapi ada satu keadaan,dimana air pula yg menggantikan tanah. Keadaan apakah itu?
 


3. Pada dasarnya, semua benda yang boleh diperjual belikan, boleh juga disedekahkan, atau dihadiahkan. Tapi ada benda yang boleh dihadiahkan, tapi tidak boleh diperjual belikan. Benda apakah itu?

4. Ada sesuatu yang tersusun lebih dari 100 bahagian, tetapi jika dibagi dua hasilnya kurang dari dua puluh? Apakah itu?

5. Ada Orang yang solat tanpa rukuk dan tanpa sujud, padahal dia sihat dan anggota badannya lengkap. dan solat statusnya sah. Bagaimana itu blh terjadi?

6. Ada org yg solat tp tahiyat nya 4 kali.. Solat apa ya?

7. Solat jahar adalah yang rakaat pertama dan keduanya di keraskan bacaannya. Dan solat sir rakaat selepasnya. APAKAH solat sirr berjamaah apa yang terletak antara dua solat jahar berjamaah?

8. Sebutkan ibadah sunat yang jika seseorang melakukannya, maka pada waktu yang sama, seluruh manusia dimuka bumi tidak ada yang melakukannya?

9.Islam menganjurkan untuk selalu melakukan ibadah wajib. Sebutkan ibadah wajib yang hanya boleh dilakukan sekali ;jika dilakukan lebih dari sekali akan ada penyesalan dalam hidupnya.

Dapat jawab tak? Nak jawapan?

JAWAPAN

1. Bangkai yang dihalalkan, yaitu bangkai laut (ikan) atau belalang.

2. Keadaan orang yag tinggal di atas kapal/laut dan sedang menyelenggarakan jenazah. Maka mayat dibuang di Laut dapat menggantikan dikuburkan di tanah.

3. Haiwan korban. Sebelum statusnya jadi korban boleh diperjualbelikan. Setelah jadi korban, tidak boleh diperjualbelikan apapun bagiannya, kecuali apabila dihadiahkan.

4. Al-Quran al-Karim terdiri dari 114 surat, tapi jika kita buka pertengahan mushaf, maka kita temukan tengah al-Quran ada di surat ke-18. Kurang dari 20.

5. Solat jenazah.

6. Orang yg masbuq ketika solat maghrib dan mendapati imam telah lewat ruku’ pada rakaat kedua dan belum bangun ke rakaat ketiga. Sehingga tahiyat nya menjadi 4x.

7. Solat asar pada hari Jumaat, kerana itu menjadi solat sir (perlahan) ditengah2 solat jumaat yang jahar (keras) dan maghrib yang jahar.

8. Mencium hajar aswad adalah sunnah

9. Berkhatan
 http://www.lemonpic.com

13 ulasan:

  1. No. 3 kurang tepat. Daging korban masih boleh dijualbeli selepas korban,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Bukan ke org fakir miskin yg boleh jual,kite hadiahkan pd diorg sahaja

      Padam
  2. Benar. contohnya. kalau orang miskin itu dapat banyak daging korban (berkilo-kilo), tidak menjadi kesalahan utk dia menjual daging2 tersebut utk mendapatkan wang.

    BalasPadam
  3. Betul la tu. Kan jawapan tu dah kata...."tak boleh diperjual belikan kecuali apabila telah dihadiahkan(dibahagi kpd org yg berhak)"

    BalasPadam
  4. Betul la tu. Kan jawapan tu dah kata...."tak boleh diperjual belikan kecuali apabila telah dihadiahkan(dibahagi kpd org yg berhak)"

    BalasPadam
  5. Sila baca jwpan saya betul². Selps org miskin dpt daging korban, dia boleh menjualnya kpd org lain atau menggunakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul laa...mksudnya, sebelum daging korban tu dihadiahkan kepada seseorang, dia tidak boleh diniaga atau jual belikan..

      Kecuali, setelah dihadiahkan, maka orang (si miskin ) yang menerima daging tersebut sebagai hadiah boleh menjualnya untuk mendapatkan wang.

      Padam
  6. APAKAH PERKARA SUNAT YANG KITA TENGAH LAKUKAN TETAPI ORANG SELURUH DUNIA TAK BOLEH LAKUKAN ? SIAPA BOLEH JAWAB ?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...