Mak
Ini Duit Upah Mengasuh Bulan Ini” | Saya berbual dihalaman rumah
seseorang penduduk kampung ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin
anak saya.
Tiba-tiba anak lelakinya yg datang lebih awal muncul dari dalam
rumah dan menghulur duit kpd emaknya dan berkata, “Mak, ni duit upah
mengasuh bulan ni.”
Dia berlalu sambil senyum pada saya. Ibunya berkata
pada saya,”Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja. Sayalah kena
mengasuh.”
Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga, tetapi rasa tak
sesuai. Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg
teruk, tetapi banyak orang yg tidak terasa. Bukankah keadaan ini ibarat
ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak, ibu melahirkan tuannya.
Teringat saya satu hadis yg panjang tapi saya petik sebahagian
Daripada Umar bin al-Khattab r.a., Jibrail bertanya kepada Rasulullah
SAW, “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”.
Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui
daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu
cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab,
“Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya …. (Riwayat Muslim).
Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dg
berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat
pengasuh yg dipercayai, ada yg kata emak bapa pandai mengasuh, emak bapa
tak kerja apa. Hakikatnya kerana isteri nak kerja, nak tambah
pendapatan. Sedangkan tanggungjawab mengasuh, mendidik dan membesarkan
anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga
mengabai tanggungjawab kpd anak.
Bila ditinggal anak kpd ibubapa, berlaku dua pengabaian iaitu
pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd
ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak
hingga berjaya. Jika ibu kita boleh memelihara kita dg tidak membuat
kerja lain, menjadi surirumah sepenuh masa, dan ia berjaya menunai
tanggungjawabnya, kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika
tak bekerja.
Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud
kebimbangan utk meninggalkan anak di rumah pengasuh, jangan ada yg
berpatah balik menjadikan ibubapa sbg pengasuh, tetapi pertimbangkanlah
utk mengorbankan jawatan demi anak. Rezeki ditangan tuhan, jika niat
kita baik demi anak yg diamanahkan, tetaplah kita perolehi apa yg
ditentukan tuhan.
Ingatlah, tuhan memberi kpd kita anak sebagai amanah, dan bukan
amanah itu diberi kpd ibubapa kita atau orang lain. Kita yg akan ditanya
dihadapan tuhan, bukan ibubapa atau pengasuh anak kita. Bagaimana
akhlak anak kita nanti, kita yg akan menanggungnya.
Rehatkanlah ibubapa kita. Berilah ruang utk mereka mempersiap diri
dipenghujung usia, meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih
sayang mereka.Jika kasih kpd ibu, lapangkan hidupnya, ringankan
bebannya.
mummynemo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan