Jumaat, 28 Oktober 2011

Campur tangan BN dalam kampus

Oleh Penerangan Pemuda PAS Kedah

SERDANG: BN tetap dengan egonya menggunakan premis universiti bagi tujuan program kepartian di mana telah mengadakan Majlis Penerangan Perdana di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, di sini 22 Oktober lalu.
Sedangkan parti itu dipercayai ramai telah campur tangan dalam mempengaruhi keputusan kontroversi berhubung penggantungan Professor Dr Abdul Aziz Bari.

Malah, pelaksanaan program tersebut juga dianggap sengaja mencabar kelantangan mahasiswa yang selama ini menuntut universiti dibebaskan dari cengkaman politik.

Tinjauan mendapati, laluan masuk ke Dewan Besar tersebut dipasang bendera dan pelbagai publisiti BN yang lain.

Program Nurani Rakyat Sayangi Selangor Bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu melibatkan pertemuan dengan anggota komponen BN Selangor dalam kempen mereka untuk kembali menawan negeri tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...