Rabu, 26 Oktober 2011

Nampak ke tak nampak? Siapa tak nampak , dia itu anak di luar nikah!

Oleh Al Husseyn

Perak Today pada entri 10 Oktober lalu telah melaporkan kononnya Sungai Rapat menjadi Dun pertama yang berjaya mencapai matlamat setinggan sifar sebelum tempoh ditetapkan iaitu pada 2012.Tahniah saya ucapkan kalau ianya suatu perkara yang benar.

Tetapi pada hakikatnya, masih terdapat setinggan yang bertaburan di Dun Sungai Rapat ini.Pada suatu kelapangan, saya telah berkeliling disekitar kampung saya dan telah mengambil gambar mengenainya.

Di sini saya ingin menarik perhatianeditor@peraktoday.com tentantang masih terdapatnya beberapa setinggan yang bertaburan di DUN Sungai Rapat ini.


Rumah diatas ini didiami oleh satu keluarga India.Terletak betul-betul di belakang Balai Polis Gunung Rapat.Amat jelas boleh dilihat kerana bersebelahan taman kediaman.

Siapa sangka dalam kawasan Majlis Bandaraya begini masih terdapat setinggan? Lihat ini di suatu kedai di persimpangan Ipoh Jaya di Jalan Gunung Rapat , dibelakang sebuah Stesyen Penjana Leterik.Beberapa ketika dulu MBI agak tegas dan menjalani operasinya di sini.Apa sudah jadi hari ini.Tengoklah keadaannya sekarang.Ianya sesak dan menganggu lalu lalang keluar masuk jalan persimpangan hadapan kedai makan ini.

Malah dalam kampung saya sendiri, Kampung Sungai Rokam terdapat juga bangunan setinggan.Boleh dibuktikan melalui gambar berikut.Ada nama jalan sekali mudah dilihat dan dikesan.


Ada beberapa lagi.Itu baru dipersekitaran tempat Kampung Sungai Rokam.Hanya mengambil masa tidak sampai saya merakamkan gambar-gambar tersebut sewaktu routin harian saya hendak ke Pasa Gunung Rapat. Berhampiran Pasar Gunung Rapat pun ada bangunan haram atau setinggan yang dijadikan stor barangan.Lihat gambarnya dibawah.


Setinggan sifar? Nampaknya tidak boleh mendabik dada begitu. Ada banyak lagi jika kita ikhlas dan jujur hendak mengesannya.Jangan jadi pula macam dalam dailog cerita P Ramlee, Nujum Pak Belalang - 

Tengok betul-betul...Nampak ke tak nampak?
Siapa tak nampak dia anak di luar nikah!
Jom nonton Pak Belalang hilangkan tension kejap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...