Isnin, 31 Oktober 2011

MENTERI SUMBER MANUSIA pura-pura SEDIH?

Oleh Sofi Wahab

Macam hero filem Tamil, Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam membuat mimik muka sedih kerana gagal membuat ruindingan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu berpiket 3 November ini. Piket tersebut diadakan kerana MTUC membantah tindakan kerajaan yang meminda Akta Kerja 1955.
NONE
'Hero' Filem Tamil ini menyatakan bahawa tujuan kerajaan meminda akta itu adalah murni iaitu untuk memastikan hak pekerja terjamin dan terkawal dan mereka tidak lagi berada dalam kesulitan. Subra sengaja buat-buat tidak faham tentang bantahan MTUC yang jelas dan berasas. Golongan pekerja bukannya bodoh dan tidak faham akan kebajikan mereka sendiri. Mereka bermati-matian membanting tulang mencari sesuap nasi kepada keluarga dan pada masa yang sama mereka menyumbangkan tenaga kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

Tidak perlulah Subra bersedih macam 'Hero' Filem Tamil kerana MTUC adalah sebuah organisasi yang matang dan professional. Mereka tidak akan membantah jika pindaan itu memberikan keuntungan dan juga menjamin kebajikan pekerja.

Semalam Menteri Sumber Manusia itu  melahirkan rasa sedih terhadap tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu meneruskan piket pada 3 November ini bagi membantah cadangan pindaan Akta Kerja 1955.

Subra berkata rundingan telah beberapa kali dijalankan bagi memberi penjelasan tentang cadangan ini termasuk semasa menggulung perbahasan di Parlimen baru-baru ini.

Agensi berita nasional itu melaporkan Subramaniam sebagai berkata, perkara yang dpinda dalam akta tersebut telah dipraktikkan di kebanyakan negara dan berjaya menyelesaikan masalah antara pekerja dan majikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...