
"Penduduk masih menunggu kemudahan infrastruktur seperti jalan tar di penempatan baru mereka memandangkan jalan tersebut masih lagi belum diturap sedangkan sudah ada enam buah rumah yang siap di bina. Keadaan jalan yang berdebu dan kadang-kadang berlumpur mendatang keadaan kurang selesa kepada penduduk di situ."
"Sepatutnya pihak kerajaan menurap jalan tersebut terlebih dahulu bagi memberikan kemudahan untuk mereka berulang alik" ujar Yusof yang meninjau keadaan mereka semalam.
Salah seorang penduduk terbabit Nyemah Binti Mohamad, 50-an berkata mereka telah lama berpindah ke kampung tersebut tetapi kerajaan seolah-olah tidak mengendahkan kebajikan mereka.
"Kami sudah lama berpindah kerana mengikut arahan kerajaan supaya berpindah ke tempat baru setelah rumah dan tanah lama kami ambil untuk tujuan pembangunan tetapi kebajikan kami diabaikan" ujar Nyemah.
"Akhirnya mereka sudah tidak sanggup lagi menyewa rumah sedangkan rumah baru mereka telah siap, akhirnya mereka berpindah juga walaupun keadaan tidak selesa" tambah Yusof.
Beliau berharap pihak yang berwajib dapat menunaikan permintaan supaya kemudahan asas disediakan terutamanya jalan yang sering berlumpur dalam keadaan hujan.
"Penduduk juga mengeluh kerana ada antara mereka yang terpaksa membayar harga rumah mereka yang melebihi dari wang pampasan yang diterima. Ada antara penduduk yang menerima kira-kira RM60,000 sahaja sedangkan harga rumah baru yang dibina mencecah lebih dari RM70,000"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan