Sabtu, 29 Oktober 2011

“Terima Kasih UMNO, selesaikan masalah dalam PAS"

Oleh Kedah La


KENYATAAN AKHBAR

'Selamat Tinggal PAS' adalah program 'ahli UMNO masuk UMNO'


'Tidak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba pokok bergoyang', begitulah digambarkan dengan program 'Selamat Tinggal Pas' anjuran UMNO Kampung Padang Limau yang telah disiarkan didalam suratkhabar Sinar Harian keluaran 25hb Oktober, 2011 yang lalu.

Bagi kepimpinan Pas Cawangan Padang Limau kami merasakan 'gimik politik' murahan UMNO ini sekali lagi dimainkan bagi meraih sokongan penduduk setempat padahal keadaan sebenar adalah disebaliknya.

Kenyataan dalam akhbar seperti yang digambarkan bahawa 20 orang ahli dan penyokong Pas menyertai UMNO adalah satu pembohongan besar. UMNO cawangan Padang Limau hanya menyebut '20 orang ahli PAS' tetapi tidak dapat memberi senarai nama 20 individu yang dikatakan menyertai UMNO tersebut kerana pembohong tidak mungkin dapat memberi bukti.

Kami merasakan program tersebut lebih sesuai digambarkan sebagai 'UMNO masuk UMNO '.

Untuk makluman semua, individu yang bernama Mohd Khir bin Hasssan bukanlah ahli Pas tetapi hanya penyokong sahaja. Mohd Khir tersebut adalah individu yang bermasalah yang melibatkan 'personaliti' dan juga 'masalah peribadi'. Kami lebih mengetahui tentang 'peribadinya' luar dan dalam.

Disebabkan rasa tesisih dan tak ada tempat lagi bersama kepimpinan Pas Cawangan maka beliau cuba meraih simpati daripada UMNO Padang Limau untuk menerimanya.

Dalam hal ini kami kepimpinan Pas Cawangan Kg Padang Limau amat 'berterima kasih' atas kesudian UMNO untuk menerima keahliannya yang kami rasakan 'personaliti'nya amat bertepatan dengan cara UMNO yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata.

Individu bernama Mohd Khir tersebut bukanlah merupakan anak jati Kampung Padang Limau tetapi orang luar yang berhijrah ke kampung ini.

Satu persoalan yang timbul di sini dikalangan ahli-ahli Pas sendiri ialah kenapakah beliau tidak pernah mendaftar sebagai ahli Pas tetapi sekadar 'penyokong' sahaja. Semakan oleh pejabat pentadbiran Pas Kawasan Sungai Petani telah didapati bahawa beliau tidak pernah pun menjadi ahli Pas.

Kenyataan Mohd Khir yang melahirkan kekecewaan kononnya Pas tidak pernah memberikan bantuan, tidak menunaikan janji, dsb yang menyebabkan beliau menyertai UMNO menunjukkan bahawa 'niat' sebenarya adalah kearah kebendaan. Jadi apabila merasakan tidak mendapat habuan kebendaan maka beliau rasa kecewa lalu ambil keputusan untuk menyertai UMNO.

Sebenarnya kenyataan tersebut juga tidak benar sama-sekali. Sudah banyak bantuan yang disalurkan oleh Pas terutamanya melalui Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) kepada penduduk Kampung Padang Limau, antaranya sumbangan khemah & kerusi meja bagi kegunaan penduduk kampung dalam urusan kenduri, sumbangan kepada tenaga pengajar guru Qur'an tajwid kampung, sumbangan dibawah skim kafalah, malahan Mohd Khir sendiri pernah menerima bantuan Pas dalam majlis yang diadakan di Pantai Merdeka akhir tahun 2010 lalu bagi sumbangan anaknya yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi.

Seorang lagi yang dikatakan menyertai UMNO kononnya dari kalangan ahli Pas ialah Mohd Rizal bin Ramli yang juga mengatakan Pas tidak memberi perhatian kepada golongan muda kampung ini dan juga kecewa dengan pentabiran pucuk kepimpinan Pas. Mohd Rizal memang ahli Pas yuran keahlian dan yuran tahunan ahli juga tidak pernah dibayar.

Bagi menyangkal dakwaan bahawa Pas tidak pernah memberi perhatian kepada golongan muda, sebenarya Pas telah memberikan sumbangan berupa T-Shirt kepada Pakatan Pemuda Kampung Padang Limau / Kampung Nangka sebanyak 100 helai, sumbangan daripada YB ADUN Pantai Merdeka untuk kejohanan liga futsal tertutup yang telah dianjurkan oleh Pakatan Pemuda Kampung Pdg Limau / Kg Nangka bagi tahun 2010 & 2011 dan juga pertandingan bolasepak persahabatan antara Pemuda Kampung Padang Limau Luar dan Dalam yang pernah diadakan di padang Hicom.

Kami sedikitpun tidak rasa tergugat dengan 'mainan' politik murahan UMNO tersebut yang sekadar 'gimik politik' orang yang terdesak bagi meraih sokongan. Kepimpinan Pas Cawangan Kampung Padang Limau. Melalui maklumat yang diperolehi, kami dapati bahawa sebahagian besar yang datang ke program tersebut adalah daripada 'orang luar' yang cuba digambarkan seolah-olah penyokong dan ahli Pas kampung ini, tetapi yang sebenarnya kebanyakannya adalah penyokong dah ahli UMNO sendiri.

Sebenarnaya kalau diukur dari segi kepimpinan dan pentadbiran, Pas Cawangan Kampung Padang Limau adalah jauh lebih baik kehadapan berbanding dengan UMNO. Ketua cawangan Pas Pdg Limau di pimpin oleh seorang yang berkelulusan Ijazah sarjana Muda Undang-Undang dan merupakan seorang peguam yang amat disegani dan dihormati oleh penduduk kampong ini. Tambahan pula kami mempunyai sebuah bangunan markas Pas yang begitu stratejik yang terletak ditepi jalan masuk utama berbanding dengan UMNO yang sehingga sekarang tidak mempunyai apa-apa bangunan operasi sendiri.

Faktor ini sebenarnya yang telah menyebabkan UMNO rasa begitu tersisih dan tercabar sehinggakan mengadakan program “UMNO masuk UMNO” bagi tujuan memburukkan kepimpinan Pas. Kami mengucapkan 'terima kasih' kepada UMNO cawangan Padang Limau kerana telah 'menyelamatkan' Pas kerana sanggup menerima keahlian 'individu' bermasalah tersebut kedalam UMNO.

Kenyataan akhbar oleh:

Mohd Fikri bin Osman
Setiausaha Pas Cawangan Kg Padang Limau
Kawasan Sungai Petani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...