Pasti ada antara kita yang agak pening untuk memilih Telco mana
yang terbaik untuk langganan Broadband.. Mana tidaknya, untuk memilih
broadband kita perlu mengambil kira beberapa perkara atau ciri yang
mesti di fikirkan sebelum membuat keputusan bagi mengelakkan
ketidakpuasan hati berlaku setelah kita melanggan .Ini adalah antara ciri yang saya fikirkan sebelum memilih perkhidmatan Broadband :
1. Pakej Harga Broadband
Bab harga untuk Postpaid broadband perlu di ambil kira bagi mengelakkan
bajet bulanan lari sehingga tidak mampu bayar. Jika anda pelajar
sebaiknya memilih broadband harga kurang daripada RM50 sebulan.
2. Pemilihan Internet Quota Broadband.
Internet quota berdasarkan pakej Harga yang di ambil. Jika murah harga
bulanan maka Internet quota pun semestinya rendah antara 3GB or 4GB.
Jika anda memilih Internet quota tinggi maka harga pun tinggi. Ianya
bergantung penggunaan anda terhadap internet. Jika untuk download dan
tonton video sebaiknya Internet quota tinggi. Jika sekadar layari
internet dan bersosial sekadar Internet quota rendah.
3. Broadband Coverage
Broadband Coverage adalah
Yang paling penting. Hendak beli broadband kena tahu sama anda
kawasan anda ada Coverage untuk Telco ini atau tidak. Jangan fikir untuk
1 kawasan tempat tinggal sahaja, fikirkan juga kawasan rumah parents
dan tempat berkaitan. Jika tidak, rugi sahaja jika tidak dapat guna
ditempat yang bakal dituju..
4. Pembayaran Bill
Tempat pembayaran bill semestinya mudah. Pembayaran mestilah boleh
dibayar di Agen berdaftar, Pejabat Pos, Kedai Tenaga atau melalui
Perbankan Internet. Jika kaedah pembayaran sukar, dinasihatkan supaya
tidak mengambil Broadband dari Telco tersebut kerana kemungkinan berlaku
permasalahan untuk bayaran berikut.
p/s - Sekarang ini banyak Telco telah muncul dan memberi
perkhidmatan Broadband yang sangat terbaik. Apa yang perlu kita lakukan
sebagai pengguna adalah bijak memilih bagi mengelakan ketidakpuasan
hati.
syndromania.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan