Berbanding wanita, terdapat sesetengah golongan lelaki yang
memang dikenali sebagai insan yang sukar untuk meluahkan kata-kata cinta kepada
pasangan mereka, selagi mereka bukan lelaki kasanova.
Biarpun bagi wanita apalagi setelah menjadi isteri, luahan
kata-kata cinta daripada suami diperlukan untuk menguat atau meyakini kecintaan
mereka daripada suami.
Perbezaan yang ketara ini adakalanya tidak difahami oleh
isteri menyebabkan mereka gagal untuk memahami apakah suami mereka itu
benar-benar menyayangi mereka atau sebaliknya.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang golongan isteri boleh
perhatikan daripada sikap suami dan bagaimana mereka melahirkan kecintaan itu
biarpun tanpa tiga ucapan kata yang
bermakna berkenaan sebagaimana sebahagian ciri-ciri yang dibentangkan di bawah.
1.Dia
sentiasa memikirkan apa yang anda dapat dalam setiap perancangan masa depannya.
2.Dia mungkin keberatan untuk berbelanja
barangan yang mewah untuk dirinya namun dia sanggup membelikan barangan
berharga untuk anda pada hari yang istimewa.
3.Selepas
makan malam dia membantu anda membasuh pinggan dan membuang sampah daripada
hanya menonton televisyen.
4.Dia tidak memaksa anda melakukan seks
dengannya sekira memberitahunya anda terasa penat.
5.Dia
tidak kisah anda menggunakan komputer atau telefon miliknya kerana tiada apa
yang dia mahu sorokan daripada anda.
6.Dia menggalakkan anda melakukan apa yang anda
rasa suka dan selalu memeluk anda.
7.Dia
akan cuba menenangkan anda sekiranya anda rasa bosan dan sanggup membelikan
tuala wanita untuk anda sekiranya anda memerlukan.
8.Dia sanggup menghabiskan masa bersama anda
melakukan apa yang anda mahu sedangkan dia sendiri bosan dengan aktiviti itu.
9.Sekiranya
anda merasa tidak selamat dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya
anda berhadapan dengan insan yang mengkritik dia akan mempertahankan anda.
10.Dia merasakan rasa bersalah sekiranya
terpaksa meninggalkan anda dan menelefon anda selalu.
11.Dia tidak kisah dengan kisah silam anda dan
paling penting sekiranya dia ke mana-mana dia mahu anda bersamanya.
12.Jika anda sakit, dia akan berada di samping
anda.
13.Dia memikirkan anda tetap cantik baginya
biarpun anda dalam keadaan kusut-masai dan membelikan makanan yang anda gemari.
14.Dia sanggup bersama anda memilih baju
berjam-jam lamanya di pusat membeli-belah dan rasa risau sekiranya melihat anda
tidur awal kerana takut anda sedang sakit.
15.Dia akan memegang tangan anda di khalayak
ramai dan sanggup pula memegang beg tangan anda tanpa rasa malu.
16.Tidak pernah ambil kisah mengenai berat
badan anda yang naik dan sentiasa mahu menghabiskan masakan yang anda masak
biarpun tidak berapa sedap.
17.Dia selalu memakai jam tangan yang anda
belikan biarpun tidak mahal berbanding dengan apa yang dia ada.
18.Tidak melupakan tarikh-tarikh penting dalam
hidup anda. Bila anda mengalami kenaikan pangkat atau apa sahaja yang istimewa,
dialah insan yang paling gembira melebihi anda.
19.Dia tidak pernah memaksa anda melakukan
sesuatu yang anda enggan lakukan dan sekiranya anda silap, dia akan memaafkan
dan tidak pernah mengungkit kembali.
20.Gemar memuji anda dalam kalangan anak-anak
dan mengangkat barang-barang berat untuk anda ketika membeli-belah.
21.Anda orang pertama yang akan diberitahu
sekiranya menerima perkhabaran baik.
22.Dalam permainan dia akan sentiasa memberikan
kemenangan kepada anda dan akan sentiasa berkata baik biarpun ketika anda dan
suami sedang berbalah.
23.Sentiasa meminta pandangan dan pendapat anda
dalam beberapa perkara bersama.
24.Sekiranya dia mahu anda mengikut caranya,
dia mahu anda berfikir kebaikannya terlebih dahulu.
25.Menerima anda seadanya.
26.Sekiranya, suami anda mempunyai ciri-ciri
yang dinyatakan, anda adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik
kerana lelaki yang baik sebenarnya sukar untuk dicari.
27.Apa yang penting anda memberikannya cinta
anda yang mendalam demi mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga anda. Tidak
perlu si dia menzahirkan kata-kata cinta selalu sekiranya tidak ikhlas dan
jujur dengan apa yang diluahkan.
seribupilihanblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan