Seperti remaja lain seusia
dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu,
Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan
masa depan hidupnya sendiri.
Ketika bermain game online,
Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata
didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes “weapon
trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta
Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli
sebuah kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus
niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan
disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus
bermain game online tersebut.
Dalam masa yang sama,
peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top
sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana
keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti
Swasta dengan yuran yang sangat mahal.
Untuk mendapatkan duit bagi
menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top
menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki
bisnes game online sebagai modal.
Malangnya, DVD Player yang
ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player
cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu
buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top mula menyedari
kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu.
Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan
mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.
Top kemudiannya memulakan
perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses
kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Top mulakan dengan belajar
cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian
mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang
telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus
yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang
tersebut.
Dengan bantuan daripada
pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall
berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak
memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak
menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di
hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Sambutan yang diterima
selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak
untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin
pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang
lain.
Kejayaan kacang rebus Top
ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut
membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil
daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu
perniagaan lain yang ada di situ.
Top berasa sangat sedih dan
kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke
China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat
bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras mahu tinggal
terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama
mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu
mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang
ketika itu mencecah angka 40juta Baht.
Daripada perniagaan kacang
rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk
menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top
snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Bermacam usaha dilakukan
oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula
dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut
mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai
laut tersebut.
Top juga turut belajar cara
untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak
mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk
buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand
ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual
produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.
Dia tidak mempunyai tenaga
kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan
snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya
menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka
sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah
tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk
menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7
Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya berjaya
memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai
7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang
sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang
dihasilkannya.
Pada usia 26 tahun, Top
berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki
perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire
muda Thailand.
http://www.fuh.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan