Puisi seorang suami yang mahu berpoligami....
Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari,
Aku menyinari kamu,
Kamu mengharapkan aku,
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
Begitu penuh riak gelombang,
Aku tetap menyinari bumi,
Hingga kadang bumi pun silau,
Lantas aku ingat satu hal,
Bahawa Tuhan telah menciptakan bukan hanya
bumi,
Ada planet lain yang juga mengharap,
Agar aku sinari,
Jadi..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menebarkan sinarku,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerna sudah takdir,
Dan ALLAH pun tak memarahi.
Balasan Puisi si Isteri..
Suamiku,
Bila kau memang mentari,
Sang suria penebar cahaya,
Aku rela kau berikan sinarmu kepada
segala yang lain,
Planet yang pernah ALLAH ciptakan,
Kerna mereka juga seperti aku,
Perlukan penyinaran,
Dan aku pun juga tidak akan merasa kurang dengan
pencahayaanmu,
AKAN TETAPIIIIIIII.........
Bila kau hanya sejengkal lilin,
jangan bermimpi mahu menyinari planet yang lain!!!
Kerna kamar kita yang kecil ini pun belum sanggup
kau terangi,
Bercerminlah pada kaca di sudut kamar kita,
Di tengah samar-samar pencahayaanmu,
Yang telah aku mengerti untuk tetap meneroka..
Jadi cuba pandang siapa dirimu...
MENTARI atau LILIN??
http://kum-pun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan