Fenomena Kabut Merah Di Australia: Serius. Fenomena air laut bertukar warna merah
pernah di laporkan terjadi baru-baru ini di Sydney, Australia. Tahukah
kamu, satu lagi fenomena alam yang boleh di katakan pelik telah berlaku
di Australia pada tahun 2009? Fenomena pelik ini ialah kabut (jerebu)
berwarna merah. Secara mudahnya kabut boleh di sebabkan daripada
kejadian pembakaran sampah secara terbuka tetapi kejadian ini berpunca
daripada ribut pasir.
Ribut pasir di Australia merupakan fenomena alam yang sangat jarang
berlaku, tetapi ketika berlakunya fenomena kabut merah ini, angin yang
bertiup kencang telah membawa pasir dan kotoran pada kawasan tanah yang
kering terus ke udara. Ini menyebabkan keadaan langit yang normal
bertukar ke warna kemerah-merahan dan hanya kembali pulih beberapa jam
kemudian.
Oh Serius @ Bucublog
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan