Sabtu, 23 Mac 2013

Mesti Baca - 26 Cara Kurangkan Cukai Pendapatan di Malaysia



Tarikh tutup penghantaran Borang BE (Penggajian/Individu) akan ditutup hujung bulan depan iaitu pada 30 April 2013. Sebagai seorang pembayar cukai, mahu tidak mahu anda perlu mengetahui cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN.
 
 
 


Kurangkan Cukai Pendapatan


Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:
1.       Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.

2.       Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Pelan Insurans Pendidikan Anak-Anak, Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3.       Bantuan Kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4.       Pembelian Buku, Journal, Majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5.       Melanjutkan Pelajaran Post Graduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .

6.       Pembelian Barangan Sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7.       Insuran Hayat/Takaful Keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8.       Bayaran Perubatan untuk Ibu Bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9.       Pembelian Komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10.   Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)

Peringatan:

Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai. Lebih elok lagi kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi.

Layari laman web LHDN untuk informasi dan maklumat yang lebih lanjut.

Untuk yang lebih lagi dikongsikan slide presentation yang amat berguna berkenaan 26 cara-cara mengurangkan cukai pendapatan di Malaysia di SINI (Sumber: Personal Money Magazine March 2008). 
http://rossacalla.blogspot.com

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...