Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam
percintaan pastinya kita tercari-cari kunci kebahagiaan yang membolehkan
kita memastikan agar hubungan kita kekal bahagia selamanya tanpa
sebarang masalah. Namun apakah cara terbaik untuk kita mencari kunci
kebahagiaan itu?
1.Ramai wanita menilai tubuh badanserta
fizikal mereka dengan cara tersendiri. Sedari lah wahai wanita
sesungguhnya kaum adam tidak menilai diri anda sebagaimana anda menilai
diri anda sendiri. Kaum adam jika mereka telah jatuh sayang mereka tak
kisah andai pipi anda tembam, perut gendut, gigi tersusun atau rambut
maggie sekalipun.
Jangan sentiasa merungut mengatakan anda
perlu kurus agar dia sayang atau katakan anda telah gemuk dan anda rasa
tidak yakin dengan diri sendiri. Anda akan terus diburu rasa tidak puas
hati dan tiada keyakinan diri serta membosankan pasangan jika terus
menerus dengan sikap sebegitu!
2.Ramai di antara wanita cuba merasakan
diri mereka adalah insan terpenting dalam hidup lelaki pujaan mereka.
Ketahui lah, lelaki juga perlu sahabat yang mereka perlukan bantuan
tatkala kereta rosak, motor tersadai atau beriadah dengan sukan
kegemaran mereka. Jika anda adalah kekasih hati si dia, berilah ruang
juga untuk dia bersama rakan-rakan lelakinya, keluarga dan adik
beradiknya juga. Jangan mengongkong sehingga lelaki menjadi lemas dengan
hadiran anda.
3.Lelaki bukan bertanggungjawab terhadap
kebahagiaan kita. Nampak tak di situ? andai kita terlalu mengharapkan
seorang lelaki itu dalam menjamin kebahagiaan kita akhirnya hidup kita
akan musnah. Mungkin mereka adalah sumber kebahagiaan kita tetapi tidak
boleh lah jika kita mengharapkan dia hadir untuk sentiasa membahagiaakan
kita. Apa terjadi jika berlakunya perpisahan? jika si dia mengadap
Illahi atau apa saja kemungkinan yang terjadi. Adakah itu menjadi
penamat dalam sebuah kehidupan?
4.Bertolak ansur amat perlu dalam
perhubungan. Andai berlaku salah faham segeralah minta maaf walau diri
tidak bersalah. Salah faham dan pertengkaran kecl hanya akan merebak
jadi kemusnahan bagi perhubungan jika kedua pihak panas baran dan tidak
mahu beralah. Pilih masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan
masalah…
Terdapat banyak lagi kunci kebahagiaan yang
dapat kita pelajari, namun kasih suci tamatkan dulu dengan apa yang
telah ada ini, moga kita dapat menyambung kembali dengan tips yang lain
pula. Moga Allah merahmati hubungan kita bersama insan tersayang ke
akhir hayat…ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan