1) Tak perlu bimbang rahsia keburukan masa zaman muda terdedah pasal kebanyakan kengkawan dah pun selamat ke rahmatullah, kalau ada yang hidup pun, ntah-ntah dah lupa.
2) Boleh baca surat khabar dengan tentang, walaupun cucu pasang muzik kuat-kuat pasal sound telinga dah rabak dalam erti katanya, pekak-tuli.
3) Kalau tak berkenan dan rasa meluat tengok gelagat bebudak muda yang buat kelaku tak senonoh, boleh tanggalkan spek mata.
4) Kepada yang lelaki adalah sangat-sangat bertuah kerana berpeluang mendapat pangkat "Datuk" setelah memperoleh cucu.
5) Terdapat kupon dan tiket untuk warga emas yakni orang-orang tua dengan bayaran setengah harga je.
Banyak lagi kelebihan orang tua ini kalau difikir-fikirkan balik dan sesesungguhnya orang ini boleh dikatakan pengalaman lebih jadi oleh itu kadang-kadang kita patut dengar apa yang mereka perkatakan jikalau ia benar dan tidak melanggar apa-apa hukum.
http://shakroil.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan