Isnin, 1 Julai 2013

Inilah Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia – GAYAT!!

Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia, Jambatan Terpanjang Di Dunia, Jambatan Di China, Keajaiban Dunia, Jambatan Aizhai di China, Jambatan Gantung  


Inilah Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia – GAYAT!! | Jambatan Gantung Aizhai Terpanjang di China kini dibuka sepenuhnya. Tapi jika anda takut dengan ketinggian, jangan lawati atau lalui jambatan ini. Jambatan Aizhai di China kukuh berdiri di atas ketinggian 335 meter.

Aizhai Extra Large Suspension Bridge mempunyai panjang sekitar 1,200 meter atau 1.2 kilometer. Jambatan ini dibina untuk memudahkan perjalanan lalu lintas di daerah Jishou di Povinsi Hunan.




Jambatan Aizhai mula dibina pada bulan Oktober 2007 lalu dan selesai dibina pada akhir tahun lalu.

Pemandu yang melewati jambatan ini boleh menikmati pemandangan Dehang Canyon yang terbentang disepanjang jambatan terletak 1,2 kilometer.

Ketika malam hari jambatan Aizhai ini disinari dengan 1.888 lampu yang menghiasinya. Dan jambatan ini adalah jambatan suspensi keempat yang menghubungkan dua pergunungan.

Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia 1 Inilah Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia   GAYAT!! 

Jambatan ini merupakan bahagian penting dari Jishou-Chadong Expressway, sebuah jalur yang mempunyai 64 kilometer jalan dan 18 terowong yang berbeza.

Diharapkan jambatan ini mampu mengurangkan angka kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan pergunungan yang mempunyai kawasan sempit, jalan curam, dan berliku.

China sendiri mempunyai jambatan terpanjang di dunia yang bernama Danyang Kunshan Grand Bridge yang lebih panjang hanya 100 batu dari jambatan Aizhai.
 http://celahgelegar.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...