Andaikan
3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang
beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut
dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun
terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan
asalnya..
Individu kedua pula memulangkan
pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..
Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya
diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu
ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai..
Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan
kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain
menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah
jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan
bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan
Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu
syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya
dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya
di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi
jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga
tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan
teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat
selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat…
alkurawi
Sangat menyentuh hati perumpamaan ni. terbaaek!
BalasPadam