Isnin, 1 Julai 2013

Sempurnakah Kita Untuk Memilih Yang Baik Baik Sahaja?

perfect1
Seringkali kita mendengar jawapan; bila bertanya dengan seseorang tentang ciri ciri pasangan pilihannya. Pasti banyak yang keluar jawapan mahu yang kaya, yang kacak, cantik, sedap mata memandang dan sebagainya. Untuk isu kali ni kita abaikan ciri ciri yang selayaknya ada seperti baik hati, penyayang dan lain lain. Ciri ciri selayaknya ini bukan satu ciri idaman tapi adalah ciri yang sememangnya sudah ada dalam diri setiap individu.




Jadi kadang kadang saya hairan bila ada teman yang berkata “Aku nak cari husband kaya, senang duduk rumah goyang kaki” sedangkan diri teman itu sendiri bukanlah seorang yang ternama dan cun. Angannya terlebih sedikit mahukan lelaki yang kaya kaya sahaja. Sama juga dengan para lelaki yang menginginkan wanita yang suci, cantik, putih untuk dibuat isteri, sedangkan yang tuan empunya diri mukanya pecah pintu (maaf).

Sebaiknya, sebelum membuat pilihan berkenaan pasangan, sila cermin diri sendiri dahulu. Ini kerana jika kita menganggap diri kita sempurna sekarang, tidak mustahil satu masa nanti ‘kesempurnaan’ yang kita ada Allah tarik balik. Memilih pasangan seharusnya didasari dengan rasa ikhlas kerana kita akan bersamanya hingga akhir hayat. Dia yang cantik sekarang mungkin tidak akan cantik lagi waktu tua nanti. Dia yang kaya sekarang mungkin akan muflis satu masa nanti.
alau rasa mahu memilih juga, pastikan diri tu benar benar layak. Hehe..ini tidak.. gaji pun baru RM1,500 ada hati nak gadis secantik model jadi isteri. Barang make up dia pun agaknya lebih dari RM1,500 tu icon biggrin Sempurnakah Kita Untuk Memilih Yang Baik Baik Sahaja? Selain itu, jika kita memilih pasangan hidup atas dasar kelebihannya semata mata, maka bersediakan untuk ditinggalkan bila dia nampak kelemahan kita nanti. Jangan mulakan sesuatu (perkahwinan) dengan hati yang tidak ikhlas. Bila ada dugaan nanti susah nak atasi.

Ada satu lagi kes di mana sesetengah lelaki sering salah anggap mengenai saranan  mengenai pemilihan isteri. “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menyuruh lelaki memilih wanita atas dasar agamanya, bukan memilih wanita yang ada cukup 4 ciri ciri tu. Ada tau lelaki macam tu. Dia cuma nak wanita yang cantik, keturunan baik, kaya dan bijak. Mana nak cari bhai perempuan sempurna macam tu? Kalau ada pun sure ke dia nak kat u? Hehe. Jadi cermin diri, fikir betul betul layak ke kita ni memilih yang baik baik saja sedangkan diri sendiri…. (sila sambung sendiri).

http://gilerkentang.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...