Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan
seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah
kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. Tapi takdir Allah,
ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.
“Akak tak kisah dengan siapapun awak akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat dhuha. Buatlah solat dhuha dan khabarkan hajat itu padaNya.”
Aku terdiam.
Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat
dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan
solat dhuha.
Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah
kepadaku melalui orang lain. Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga
telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.
Jam
menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda
lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah
aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi
baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya.
Sweetnya Allah dia
kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut.
Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar,
itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu
pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.
Seperti
biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu
balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak. Sesungguhnya hati manusia
ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak
mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan
anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan
tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.
Tapi sweetnya Allah
dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya
kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin
apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu
pada-Nya lebih singkat dari biasa.
Sweetnya Allah
aku diajar untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku
manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir
dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup
bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih
menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.
“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)
Adakalanya
kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan
kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus
mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?
Sweetnya Allah
dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa
silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada
kemanisannya.
“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)
Kehidupan
manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa
meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap
manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan
kita sering meminta-minta.
Bersyukurlah dengan apa yang kita
miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan
dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.
i love islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan