Isnin, 7 Oktober 2013

Kelebihan Ibadat Korban


Apa itu ibadah korban dan bila ia dilakukan?

Korban ialah penyembelihan binatang korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
 

Binatang sembelihan korban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tidak sah korban yang selainnya.
Hukum ibadat korban

Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) bagi mereka yang berkemampuan.
Siapakah yang berhak menerima daging korban?

Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya. Daging juga perlu diagihkan kepada fakir miskin dan orang - orang Islam yang lain. 
Imam Hanafi ,Maliki, Syafi'I dan Hambali sepakat bahawa daging korban boleh diterima :
1.    Diri sendiri untuk di makan. 
2.    Orang fakir miskin.
3.    Orang kaya.

Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surat Al Haj ayat 28:
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِير (Ertinya: makanlah daging korban dan berikanlah sebahagiannya kepada orang fakir.)Surah Al Haj ayat 28


Mereka yang disuruh untuk melakukan ibadat korban

1. Islam dan tidak diminta kepada orang kafir.
2. Telah baligh dan berakal yang mana tidak dituntut kepada yang belum baligh atau pun gila.
3. Mempunyai kemampuan yang mana mempunyai kewangan yang berlebihan daripada nafkah untuk dirinya sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungannya samada makanan, tempat tinggal dan pakaian sepanjang hari raya haji dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Hikmat daripada pensyariatan ibadat korban

1.Ibadat korban sama sebagaimana ibadat yang lain adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
2. Menghidup dan mengingatkan semula pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.
3. Menghidupkan suasana bantu-membantu antara yang kaya dan miskin dengan ketibaan hari raya dengan sedikit bantuan daripada daging-daging korban yang disedekah.
4. Mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang terbina dan menyiramkan ruh bermasyarakat.
5. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
6. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

7. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
azimaris blogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...