Khamis, 29 Januari 2015

Cara Elak Serangan Jantung Dengan Amal Diet Nenek Moyang

diet 
PANDANGAN konvensional terhadap punca utama penyakit jantung tertumpu kepada empat arterikoronari yang mengalami penyempitan berterusan.

Timbunan plak yang dikaitkan dengan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, berlemak tepu atau berkolesterol pula dikatakan sebagai punca arteri menjadi sempit.

Teori tersebut merupakan teori asal pembentukan plak atherosclerosis dan masih digunakan ramai doktor hingga sekarang.



Beberapa dekad kemudian timbul pula teori yang menyatakan lemak atau kolesterol hanya akan berkumpul dalam lumen arteri jantung jika berlaku inflamasi atau keradangan.

Di sini penulis bawakan contoh yang ditulis pakar bedah jantung, Dr Dwight Lundell dengan artikel di internet berjudul ‘Heart Surgeon speaks out on what really causes heart disease.’

Penulis bersetuju dengan Dr Lindell terutama berkaitan punca pembentukan plak athereskelrosis hari ini berpunca daripada makanan rendah lemak dan tinggi karbohidrat.

Namun daripada segi mekanisme pembentukan dan komponen plak pula, penulis mempunyai pandangan berbeza.

Dr Lundell yang berpengalaman sebagai pakar bedah jantung selama 25 tahun dan telah menjalankan 5,000 pembedahan jantung (open heart surgery) mengaku, teori makanan berkolesterol sebagai punca timbunan plak berlaku pada lumen arteri jantung tidak boleh diterima secara bulat-bulat.

Ubah pandangan

Dr Lindell mengaku cuba untuk membaiki fakta perubatan dan sains yang selama ini diterima dan dianutinya sebagai benar. Sebagai penggubal pendapat (opinion maker) yang sering disogok dengan pelbagai kajian sains dan seminar, beliau percaya paras kolesterol tinggi adalah punca kepada penyakit jantung.

Jadi, rawatan sejagat yang paling mujarab bagi mengawal paras kolesterol ialah mempreskripsikan ubat-ubatan yang berfungsi menurunkan paras kolesterol.

Ia disertai dengan cadangan pengamalan diet yang mengandungi paras lemak yang amat rendah. Beliau percaya mengehadkan diet berlemak dapat menurunkan paras kolesterol dan seterusnya kadar penyakit jantung.

Menurutnya lagi, sesiapa yang mencadangkan sesuatu selain daripada cadangan sejagat ini biasanya akan dicap sebagai tidak menjalankan tugas dengan sempurna!

Beliau percaya keradangan dan kecederaan yang berlaku kepada saluran darah adalah berpunca daripada makanan rendah lemak yang dicadangkan oleh golongan perubatan moden.

Beliau menerangkan keradangan kronik berlaku kepada tubuh apabila tubuh tercedera akibat pendedahan kepada makanan (tambahan penulis: makanan terproses) dan bahan bertoksik yang tidak boleh diproses oleh tubuh.

Merokok adalah antara punca bahan yang menyebabkan keradangan kronik.

Apakah punca bahan-bahan bersifat keradangan yang terdapat dalam makanan rendah lemak yang dimaksudkan oleh Dr Lundell? Beliau percaya ramai orang terdedah kepada makanan yang tinggi dengan karbohidrat terproses dan pengambilan minyak  sayuran omega-6 secara berlebihan.

Karbohidrat terproses secara keterlaluan yang dimaksudkan beliau ialah gula, tepung ceruh dan semua produk terhasil daripada kedua-duanya. Minyak sayuran seperti jagung, bunga matahari dan kacang soya pula ialah lemak kategori omega-6 yang  biasa digunakan dalam masakan dan terdapat dalam pelbagai makanan terproses.
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...