Selasa, 6 Januari 2015

Kecantikan Suasana Tam COC-Bich Di Vietnam Ini

  

Tam COC-Bich Hanoi adalah destinasi pelancongan popular yang terletak kira-kira 90 km dari bandar Ninh Binh di utara Vietnam yang dikatakan merupakan tempat paling cantik di Vietnam.

Tam COC bermaksud tiga gua yang sememangnya terdapat tiga buah gua iaitu yang Hang Ca, Hang Giua dan Hang Cuoi. Ia merupakan sebuah jalan air yang dikelilingi sawah padi yang bermula kampung Van Lam.





Laluan ini akan melalui tiga buah gua tersebut dengan panjang 125 meter dan tinggi 2 meter dari atas bot. Bot-bot biasanya dikayuh oleh satu atau dua wanita tempatan yang juga menjual barangan bersulam.


  

  


Selain itu terdapat Bich Hanoi iaitu sebuah pagoda di berdekatan Gunung Ngu Nhac yang berketinggian 1428 kaki yang terdiri daripada tiga struktur iaitu Ha, Trung, Pagoda dan Thuong, dalam tertib menaik ketinggiannya.

  

Bagi anda yang selalu ke Vietnam untuk membeli belah bolehlah datang ke tempat cantik ini yang pasti memuatkan anda terpesona dengan keindahan alamnya.-Siakapkeli.com.my  

  

  

  

  








siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...