Khamis, 22 Januari 2015

Resepi Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai

Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang


 
Bahan-Bahan:
Bahan untuk kerabu:
  • 4 ekor sotong, dibuang kulit dan kelar
  • 6 ekor udang, dibuang kulit
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • sedikit suhun (glass noodles)
  • 1/2 batang timun, hiris nipis
  • 1 biji tomato, buang biji dan hiris nipis
  • 1 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
  • 1 tangkai daun bawang, potong 2 cm panjang
  • 1 batang serai, hiris nipis
Bahan untuk sos kerabu:
  • 5 biji cili padi, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk kasar
  • 3 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 2 biji limau nipis, diambil jus

Cara Penyediaan:

  1. Rebus seketika suhun sehingga lembut dan toskan.
  2. Rebus udang dan sotong yang telah dibersihkan dalam masa anggaran 1-2 minit sahaja kerana jika terlebih masak udang dan sotong akan menjadi keras dan liat.
  3. Dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, kicap cair, jus limau nipis, gula melaka, bawang putih dan cili padi. Kacau sebati.
  4. Tuangkan sos ke dalam bahan untuk kerabu dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang dan hirisan cili merah. 
 http://iresipi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...