Selasa, 13 Januari 2015

Menarik Untuk Di baca - Perspektif Jodoh

  

Assalamualaikum...

Yang Salah
  1. Jodoh tidak perlu dicari
  2. Perempuan hanya perlu menunggu
  3. Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan
  4. Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik
  5. Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan.
  
  1. Perlu bercinta sebelum kahwin
  2. Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'SMS' dan berjumpa
  3. Janji manis pasangan harus dipercayai. Contoh seorang lelaki yang berkata kepada wanitanya, "I tidak ada harta, tetapi I ada cinta"
  4. Contoh yang lain: "I tidak akan usik U sebeum kita nikah.
  

Yang Betul
  1. ALLAH menyuruh manusia berusaha
  2. Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w
  3. Perempuan berhak memilih.
  4. ALLAH sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-NYA
  5. Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi
  6. Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.
  7. Selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber'SMS' sehingga melalaikan
  8. Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.
  9. Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sehaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai 
  10. pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan.
 senjamendamaikan.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...