Selasa, 17 Mac 2015

Amir Raja Lawak Tanya Tok Kadi Menikah Dicaj GST Atau Tidak

amir 
Pelawak Amir Raja Lawak sempat bergurau dengan jurunikah sebelum sah bergelar suami pada Sabtu lalu.
Amir, sebelum melafaz akad, sempat bertanya kepada jurunikah Masjid Kampung Kubu Gajah, Mahmud Ahmad, “tak ada GST kan?”.

Pertanyaan Amir itu telah disambut dengan gelak tawa tetamu yang hadir ketika majlis.



Bagaimanapun, Amir lancar ketika melafazkan akad dan dengan sekali lafaz dia bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari, 21, selepas waktu Asar iaitu kira-kira jam 5.30 petang.

Intaz yang berwalikan ayah kandungnya iaitu Shaari Sabri telah diraikan dalam majlis secara sederhana dan tenang.

Jom saksikan video pernikahan Amir dan Intan yang Astro Gempak kongsikan dari portal murai.com.my ini:
Selain video, kami turut kongsikan foto-foto sekitar majlis pernikahan dan resepsi Amir dan Intan yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas (foto dari Instagram Amir).

mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...