Rabu, 25 Mac 2015

Info - Tabiat yang Perlu Anda Elak

Tabiat lama sukar ditinggalkan dan sebahagian daripadanya menyebabkan anda terpaksa menanggung kos tinggi. Kita boleh berjimat-cermat tetapi tabiat lama terlalu sukar untuk dibuang! Malangnya, itulah sifat manusia. Artikel bertajuk "5 tabiat yang perlu anda elak" ini merupakan satu peringatan kepada kita semua untuk mengurangkan tabiat yang menelan kos tinggi daripada gaya hidup kita!

1. Membeli Ikut Nafsu

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak
Adalah tidak elok untuk menambah barangan yang tidak penting ke dalam troli ketika membeli-belah seperti coklat bar yang diimport, majalah, malah mungkin barangan berjenama baru yang tidak pernah tersenarai dalam senarai barangan runcit anda. Secara purata, pembeli cenderung untuk berbelanja melebihi bajet runcit mereka, sebahagiannya disebabkan oleh tabiat yang tidak disedari mengambil item tambahan tanpa berfikir panjang. Strategi pemasaran yang digunakan di kedai stesen, pasar raya, pasar raya besar dan sebahagiannya juga merupakan sebab utama untuk bil runcit yang banyak. Bukan semua salah anda pun!
Cara menyekat tabiat anda: Hanya membawa jumlah wang tunai secukupnya apabila anda pergi ke pasar raya dan meninggalkan kad kredit anda di rumah.



  
2. Membeli Kopi

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak
Kos yang mungkin anda tanggung hanya untuk kopi anda adalah: RM3,640 setahun. Harga yang anda bayar jika anda membeli secawan kopi RM10 setiap hari dalam seminggu. Kopi Arabica premium merupakan kegemaran Hipster dari bukit Timbuktu. Hujung minggu sahaja akan membelanjakan sehingga sekurang-kurangnya RM1,040 setahun. Seperti penagih kafein tegar, mereka gembira dengan wujudnya kafe seperti cendawan di negara ini, tetapi secawan kopi beraroma akan menelan kos yang tinggi.

Cara menyekat tabiat anda: Jika anda peminat kopi tegar dan tidak boleh berfungsi tanpa menghirup secawan kopi, mengapa anda tidak membeli sahaja mesin kopi mampu milik dan membuat secawan kopi anda sendiri?

3.  Loteri

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak
Magnum 4-D, Sports Toto atau nombor ekor adalah hobi yang menyeronokkan, tetapi tiket loteri merupakan faktor muflis di seluruh dunia. 'Sukan' yang menguntungkan ini tidak memerlukan bantuan daripada pakar-pakar pemasaran untuk mempengaruhi mereka yang berjudi; mereka akan tertarik dengan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk dimenangi! Judi adalah permainan yang melibatkan peluang, jadi kebarangkalian mendapat jackpot 10 juta dolar adalah agak mustahil.

Cara menyekat tabiat anda: Adalah lebih baik membuka deposit tetap dan melihat wang anda bertambah. Ya, tidak dinafikan kadang-kadang boleh mendapatkan wang sehingga berjuta-juta. Akan tetapi lebih ramai orang akhirnya rugi daripada menjadi kaya dalam hidup mereka hasil daripada pembelian loteri ini.

4. Bayar Lewat

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak
Jangan sesekali lewat membayar bil kad kredit anda kerana anda memberikan wang secara percuma kepada bank! Walaupun tabiat beramal sangat disarankan, tetapi bank sudah sedia mengaut keuntungan yang banyak daripada kadar faedah bagi kad kredit dan pinjaman anda. Jika lebih baik anda menderma ke tempat perlindungan haiwan atau kepada saya!. Kebanyakan syarikat kad kredit, misalnya, mengenakan bayaran lewat kira-kira 1.5% daripada jumlah keseluruhan anda. Jika anda bayaran anda lewat setahun, maka anda terpaksa membazirkan wang anda begitu sahaja disebabkan kelalaian anda membayar bil lewat.
Cara menyekat tabiat anda: Membayar bil-bil anda tepat pada masanya!

5. Merokok

5 Tabiat yang Perlu Anda Elak
Harga untuk 1 pek adalah RM12, jadi jika anda membeli satu pek setiap minggu, anda akan membelanjakan RM624 setahun. Dua pek seminggu, dan anda akan membazirkan RM1,248 setahun. Pernah dengar slogan; merokok membahayakan kesihatan anda?

Cara menyekat tabiat anda: Fikirkan mengenai perkara lain yang lebih menyeronokkan dan berfaedah (contohnya seperti bercuti) anda boleh menjimatkan wang dengan RM1,248.
 jimatcermat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...