Ahad, 15 Mac 2015

Permandangan Indah Bunga "Sakura" Kembang Mekar Warnai Landskap Malaysia


Musim bunga "Sakura Malaysia" nampaknya sudah kembali menghiasi landskap keindahan alam di tepi-tepi jalanraya di Malaysia.

Musim bunga ini pasti ditunggu oleh rakyat Malaysia kerana ia menghidangkan permandangan panorama yang indah dan mempersona seperti berada di negara asia timur seperti di Jepun dan Korea.

Mana tidaknya dengan mengeluarkan bunga-bunga bewarna warni memenuhi tepi-tepi jalan pastinya akan menggamit permandangan sesiapa sahaja yang malalui kawasan yang mempunyai tanaman ini.

Sakura Malaysia atau pun nama sebenar pokok ini iaitu pokok Tekoma dalam bahasa saintifiknya Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selatan.


Ia adalah dalam kategori pokok hiasan yang banyak ditaman di pinggir-pinggir jalan di Malaysia terutama di negeri utara tanah air. Tabebuia juga dikenal sebagai “Cherry Blossoms of Penang” yang mirip bunga sakura dari Jepun.

Di negara kita terdapat dua jenis bunga ini iaitu bunga bewarna putih dan pink.Tabebuia pentaphylla adalah salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tecoma ,Tabebuia pentaphylla adalah tecoma berwarna pink dan Tabebuia roseo-albaberbunga warna putih.

Kebiasaan bunga ini berbunga adalah selepas musim kemarau seperti sekarang dimana sebelum ini negara kita dilanda musim panas.

Bercerita panjang tidak guna, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat admin kumpulkan hasil perkongsian rakan-rakan Facebook Siakapkeli. -























 
cantikkannnnnn!
siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...