Isnin, 19 Oktober 2015

Fakta Menarik Mengenai Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Gambar Kuala Lumpur Ibu Kota Kilat.jpg
10 Fakta Menarik Mengenai Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Walaupun anda adalah rakyat Malaysia tetapi kami percaya 10 fakta ini mungkin anda tidak tahu sepenuhnya. Mari kita lihat 10 fakta menarik mengenai Malaysia yang ramai tidak mengetahuinya.




1.Stesen Keretapi Kuala Lumpur Dibina Untuk Tahan Salji

Stesen Keretapi Kuala Lumpur.jpg
-Tak sangka walaupun negara kita beriklim tropika tetapi stesen keretapi ini dibina untuk menahan kesejukan salji. Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.

2.Kuala Lumpur Ibu Kota Kilat di Dunia

Kuala Lumpur Ibu Kota Kilat.jpg
-Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.

3.Jambatan Gantung Tertinggi di Dunia, Sabah

Jambatan Gantung Tertinggi di Dunia.jpg
-Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

4.Serangga Terpanjang di Dunia di Sabah

Serangga Terpanjang di Dunia.jpg
-Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.

5.Lokasi Lipas Terbanyak di Planet Bumi

Lokasi Lipas Terbanyak di Planet Bumi.jpg
-Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!

6.Tanpa Kelawar Tanpa Durian

Tanpa Kelawar Tanpa Durian.jpg
-Tahukah anda, antara eksport pertanian yang amat menguntungkan ekonomi Malaysia adalah buah durian? Durian adalah buahan eksotik yang amat digemari di pasaran ASEAN dan Asia Timur. Tapi tahukah anda, kelawar buah adalah spesis haiwan pendebunga yang amat penting dalam kitaran hidup pokok durian. Ada dua jenis spesis kelawar di Malaysia iaitu spesis pemakan serangga & spesis pemakan buahan.

7.Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan Pertama di Malaysia

Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan Pertama di Malaysia.jpg
-Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Lot-lot tanah kubur bersaiz kecil dan sederhana disediakan bagi pemilik haiwan berkenaan. Pakej bagi satu lot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.

8.Lebih 140 Bahasa Pertuturan di Malaysia

Lebih 140 Bahasa Pertuturan di Malaysia.jpg
-Bagi pakar linguistik dan bahasa, mereka mengkaji perbezaan bahasa bukan hanya terhad pada bahasa-bahasa utama sahaja malah bahasa pertuturan yang melibatkan dialek (loghat) tempatan, creole (slanga, bahasa pasar) dan bahasa campuran (bahasa rojak, Manglish dll). Melalui satu eksperimen di kota2-kota di Malaysia dengan frasa “Kamu sudah makan kah?” penganalisis mendapati ada 10 cara menyebut frasa berkenaan yang berbeza termasuk dengan BI. Apabila kita menyeberang ke Malaysia Timur, terdapat sekurang-kurangnya 90 jenis bahasa pertuturan. Ini termasuk 60 bahasa pertuturan etnik peribumi asal Borneo.

9.Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia

Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia.jpg
-Ramai yang tidak tahu tentang peranan Encik Ismail Jaafar. Pada satu petang, dia bermain permainan Scrabble (kalau versi Melayu – SAHIBBA). Ketika membuat frasa Bahasa Inggeris SAGA (yang membawa maksud dalam BI – “something said” or “a narrative in prose”, somewhat along the lines of a “story”, a “tale”, or a “history”), Encik Ismail mendapati perkataan SAGA melibatkan 4 huruf sahaja dan markahnya agak kecil. Tapi beliau mendapat ilham daripada akronim SAGA dan membentuk 4 frasa baru iaitu:
S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)
 
10. Roundabout Terbesar di Dunia

Roundabout Terbesar di Dunia.jpg
-Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya. Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr Mahathir yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile.
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...