Ahad, 18 Oktober 2015

Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2015 Diumumkan Keluar


pt3 
Bagi calon PT3 telah selesai menjalani peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015, semakan keputusan PT3 dijangka boleh disemak pada minggu ke ketiga bulan Disember 2015. Terdahulu, PT3 2015 merupakan calon kumpulan kedua yang  telah mengharungi peperiksaan PT3 sejak ianya mula dilaksanakan mulai tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR.



Tarikh Keputusan Rasmi PT3 2015 Diumumkan Keluar

Keputusan PT3 2015 akan diumumkan keluar pada Minggu Ketiga Bulan Disember 2015. Tarikh rasmi akan dimaklumkan menerusi laman ini dari masa ke semasa.

Semakan Keputusan PT3 2015 Menerusi Sekolah
Calon PT3 2015 boleh mengambil slip keputusan PT3 di Sekolah Masing-Masing bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan PT3 diumumkan keluar. Format pakaian adalah memakai baju sekolah dengan kemas.

Semakan Keputusan PT3 2015 Online

Semakan boleh dibuat menerusi http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php setelah tarikh keputusan diumumkan keluar.

Kronologi Keputusan PT3
2015: Akan diumumkan (Dijangka pada Minggu Ketiga Bulan Disember 2015)
2014: 22 Disember 2015

Sumber: melvister.com

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...