Khamis, 22 Oktober 2015

Jerebu dan kesihatan: 5 fakta anda perlu tahu


Jerebu dan kesihatan: 5 fakta anda perlu tahu
Dengan keadaan jerebu yang mencatat bacaan IPU tahap tidak sihat, kesihatan perlu diberi keutamaan.
 
 Malaysia dilanda fenomena jerebu sekali lagi. Buat masa ini, beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap ‘tidak sihat’.

Pada September,  Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan sekolah di beberapa kawasan yang terjejas di seluruh negara ditutup.

Pada Rabu, Dewan Rakyat telah meluluskan usul untuk membincangkan masalah jerebu yang melanda negara ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengeluarkan garis panduan mengenai cara penjagaan kesihatan semasa jerebu.

Namun, masyarakt sering terlepas pandang maklumat berkaitan jerebu atau tidak mematuhinya, terutamanya bagi mereka yang perlu berada di luar rumah sepanjang hari.
 
 

Oleh kerana penjagaan kesihatan amat penting ketika musim jerebu, berikut adalah beberapa perkara anda mungkin tidak tahu tentang jerebu.




haze
Beberapa kawasan di Malaysia terus mencatat bacaan IPU tahap tidak sihat. - Gambar fail


1) Bagaimanakah jerebu menjejaskan kesihatan anda?

Dalam jangka pendek, jerebu boleh menyebabkan mata berair, hidung berair dan sakit tekak pada individu yang sihat.

Jantung dan paru-paru terjejas terutamanya oleh partikel dalam jerebu dan sekaligus meningkatkan risiko untuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.

Ia mungkin mengambil masa antara satu hingga tiga hari untuk kesan atau tanda-tanda jerebu dirasai.

Kesan buruk jangka pendek bagi pendedahan kepada jerebu:
  • Sakit mata, mata berair atau konjunktivitis (radang selaput mata).
  • Hidung berair, hidung tersumbat dan bersin
  • Tekak kering, sakit tekak dan/atau batuk, kahak.
  • Sakit kepala, pening, keletihan dan/atau tekanan.
  • Fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.
Bagi kesan jangka panjang jerebu, tidak ada banyak data yang boleh didapati buat masa ini.

Ini mungkin disebabkan faktor utama yang jerebu biasanya tidak memberi kesan kepada sesebuah lokasi geografi sepanjang tahun.
Tetapi menurut beberapa kajian, pendedahan berterusan kepada jerebu akan meningkatkan risiko kepada penyatkit kardiovaskular, mengurangkan perkembangan paru-paru dan masalah pernafasan dikalangan kanak-kanak.

Risiko jangka panjang yang berkaitan dengan pendedahan kepada zarah jerebu:
  • Mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain, iaitu punca penyakit vaskular. 
  • Meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.
  • Boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis.
  • Keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.

2) Bagaimanakah jerebu menjejaskan kumpulan berisiko tinggi?

Secara umum, individu yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan turut terdedah kepada risiko jerebu. Dua kumpulan utama yang berisiko tinggi adalah bayi dan warga tua.

Bayi:
  • Bayi mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi ketika jerebu kerana sistem pernafasan mereka mudah terdedah kepada kualiti udara yang tidak sihat. Ia boleh menyebabkan punca penyakit asma atau bronkitis.
  • Bagi bayi yang umumnya mempunyai keadaan kesihatan yang baik, jerebu mungkin mengganggu hidung, tekak, saluran pernafasan, kulit, mata dan menyebabkan sakit kulit.
  • Zarah halus dijumpai di dalam jerebu boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru bayi jika kualiti udara mencapai tahap yang kritikal.
Warga tua:
  • Warga tua terkesan dengan jerebu oleh kerana paru-paru mereka cenderung untuk menjadi lemah.
  • Mereka mungkin mengalami bersin dan batuk pada tahap yang teruk.
  • Mereka yang mempunyai penaykit kronik dan paru-paru akan terjejas lebih teruk jika keadaan mencapai tahap kritikal.

3) Langkah berjaga-jaga di pejabat
  • Maklum pihak pengurusan jika anda mengalami masalah jantung atau pernafasan.
  • Ambil ubat secara tetap jika mengalami penyakit yang sedia ada, terutamanya kepada pesakit jantung dan individu yang mengalami penyakit pernafasan.
  • Minum lebih banyak air dan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini membantu tubuh untuk mengepam keluar toksin diserap melalui kulit dan paru-paru, dan meningkatkan sistem imun.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi. Ini menggalakkan kehilangan cecair dan nutrien dari badan.
  • Elakkan merokok.
  • Pakai topeng muka yang sesuai, seperti topeng N95 atau alat pernafasan ketika berada di luar rumah.

4) Apakah langkah berjaga-jaga yang boleh saya ambil di rumah?
  • Tutup semua tingkap, pintu dan mana-mana bukaan yang boleh membenarkan jerebu untuk memasuki rumah anda. Menghidupkan penghawa dingin jika ada. Pastikan pengudaraan yang memadai di ruang tertutup.
  • Memastikan penyelenggaraan penghawa dingin dengan pembersihan biasa dan servis. Zarah halus boleh memasuki rumah berhawa dingin melalui melalui bukaan dan jurang.
  • Gunakan alat pembersih udara untuk menjaga tahap zarah rendah. Alat pembersih udara boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah bahan cemar udara yang boleh beredar di dalam rumah anda.

5) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil ketika berada di luar rumah?
  • Walaupun masyarakat dinasihatkan berada di dalam sesebuah bangunan, Kementerian Kesihatan mengesyorkan penggunaan alat pernafasan seperti topeng muka N95 berbanding topeng "pembedahan" yang boleh didapati di kebanyakan farmasi.
  • Alat pernafasan N95 berfungsi dengan lebih baik kerana ia menyekat udara tercemar daripada memasuki hidung dan mulut. Ia juga dilengkapi dengan penapis untuk menghapuskan zarah halus dalam jerebu. Ia juga meningkatkan usaha pernafasan. 
  • Bergantung kepada pengeluar, beberapa alat pernafasan N95 mempunyai tarikh luput yang tertera di bungkusan. Secara amnya, alat pernafasan N95 yang dihasilkan oleh syarikat 3M akan mempunyai jangka hayat maksimum lima tahun dari tarikh pengeluaran.
  • Namun, ia tidak bersesuaian untuk wanita hamil dan kanak-kanak. Kumpulan ini dinasihatkan untuk sentiasa berada di dalam rumah.
  • Individu yang mempunyai sakit paru-paru atau jantung yang berasa tidak selesa apabila memakai alat pernafasan N95 perlu berhenti berbuat demikian dan berunding dengan doktor.
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...