Selasa, 20 Oktober 2015

Hati Kita Akan Sentiasa Kecewa Jika Kita Berharap Perkara-Perkara Ini Daripada Orang Lain

Berharap cinta yang sempurna
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Kekecewaan terbesar yang selalunya berlaku dalam hidup kita adalah meletakkan harapan dan jangkaan pada tempat yang salah.

Perkara ini selalunya berlaku apabila ia melibatkan hubungan kita dengan orang lain.

Berapa banyak orang yang mengalami tekanan jiwa akibat kecewa kerana tidak mendapat kesetiaan yang diharapkan?

Berapa ramai yang menderita dihantui bayangan masa lalu yang mengguris hati?




Oleh itu, menyesuaikan harapan kita terhadap orang lain akan membantu untuk menyingkirkan kekecewaan dan sakit hati yang tidak diperlukan, dalam hidup anda dan hidup orang lain.

…malah membantu kita untuk lebih fokus tentang apa yang lebih penting dan bermakna dalam kehidupan.
Maka kita harus pertimbangkan beberapa perkara ini:

1. Jangan berharap orang lain akan sentiasa bersetuju dengan segala tindakan kita

Kita berhak untuk bahagia.

Kita berhak untuk hidup dalam kehidupan yang kita impikan.

Jangan biarkan pandangan orang lain mengaburi dan membuatkan kita lupa tentang apa yang kita mahukan. Anda tidak dilahirkan ke dunia ini untuk memenuhi kehendak orang lain.

Dan juga jangan mengharapkan orang lain akan memenuhi apa kehendak kita.

Sebenarnya, lebih banyak anda mampu untuk bersetuju dengan keputusan diri sendiri, lebih kurang untuk kita memerlukan persetujuan daripada orang lain.

Kita harus berani untuk menjadi diri sendiri, dan bebas mengikut gerak hati sendiri, walaupun anda berasa takut atau aneh untuk membuktikan perkara itu.

Jangan membandingkan hidup anda dengan kehidupan orang lain, jangan mudah merasa mengalah dengan kejayaan orang lain.Kerana kehidupan setiap orang adalah tidak sama.

Ikutilah cara kita sendiri dan hiduplah dengan gembira.
– jika anda tetap membandingkan hidup, kebahagiaan akan tertangguh

Kejayaan yang terbesar boleh kita capai didunia ini adalah dapat meluangkan masa hidup kita dengan gembira dan bahagia dalam cara kehidupan kita tersendiri.

2. Jangan berharap orang lain akan hormat kita lebih daripada kita menghormati diri sendiri.

Kekuatan sebenar adalah terletak didalam jiwa dan semangat, bukan pada sasanya otot kita.

Ia mengenai kepercayaan terhadap diri sendiri. Jangan sesekali merayu dan mengharapkan, serta menagih kasih kasih, hormat dan perhatian daripada orang lain.

Belajarlah untuk mencintai diri sendiri dahulu.
  • Sampai bila kita nak berharap?
  • Sampai bila kita nak pegang janji orang lain?
  • Apa jaminan untuk setiap penantian kita?
  • Sampai bila kita mahu hati kita terus kecewa?
Apabila kita belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri dan belajar untuk menghormati diri sendiri, kita membuka peluang kepada diri kita kepada kebahagiaan.

Apabila kita sendiri sudah bahagia, pastinya kita akan menjadi teman yang lebih baik, ahli keluarga yang penyayang, dan diri sendiri yang lebih sempurna.

Dalam hal ini, contoh terdekat kita boleh lihat dalam hal menjaga aurat.

Jika anda sendiri berpakaian seksi dan ketat, adakah anda boleh mengharapkan orang lelaki yang memandang anda tidak membayangkan perkara yang bukan-bukan, dan seterusnya menghormati anda?
Begitu jugalah dengan perkara lain, ianya bermula daripada diri anda sendiri..

3. Kita tidak perlukan orang lain untuk meyukai kita.

Mungkin kita rasa tak berapa dihargai oleh seseorang, tetapi pada masa yang sama ada orang lain sangat mengambil berat terhadap kita.

Sebenarnya ini adalah perkara lumrah dalam dunia.

Bahkan Nabi Muhammad SAW juga dibenci oleh penduduk Mekah pada awal permulaan dakwah, tetapi disambut dengan sepenuh hati dan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah pada peristiwa Hijrah.

Orang tidak lain tidak berhak menentukan harga diri kita.

Kita sendiri yang patut sentiasa mengingati betapa berharganya diri kita, dan meletakkan sendiri nilai diri kita.

Kita harus ingat, tidak kira betapa baik dan ikhlasnya kita terhadap orang lain, pasti akan ada ada yang
berpandangan negatif dan tidak menyukai kita.

Kita tidak akan pernah nampak sempurna dimata orang lain.

Apa yang harus kita buat?
Senyum, jangan pedulikan mereka dan teruskan apa yang kita rasa betul.

Dunia yang gila ini akan cuba untuk menjadikan anda sama seperti orang lain, dan pertempuran yang paling hebat yang anda akan tempuhi disini adalah untuk kekal menjadi diri sendiri.

Dan disebabkan sikap anda yang melawan dunia itu, pasti ada yang tidak menyukai anda.

Kadangkala, orang lain akan mengejek nama anda kerana anda berbeza. Namun itu adalah OK. Sesuatu yang menjadikan kita lain, adalah sesuatu yang menjadikan siapa diri kita.

Dan orang yang tepat akan mensyukuri kehadiran anda dalam hidup mereka.

4. Jangan mengharap orang lain akan mendengar kita dan berubah secara tiba-tiba

Kadang-kala, sesetengah orang memang suka meluahkan kepada kita.

Mereka akan meluahkan segalanya termasuk perasaan hati, masalah kerja dan apa yang mereka rasa untuk perlu dikongsikan.

Kita sebagai pendengar, semestinya akan cuba menjadi prihatin dengan memberikan nasihat-nasihat yang kita rasakan boleh membantu mereka keluar dari kekusutan.

Tetapi malangnya.. kata-kata kita ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Segala nasihat kita adalah sia-sia dan tidak diambil peduli. Malah dibalas dengan pelbagai alasan.

Dan orang itu tetap lagi meluahkan masalah yang sama, lagi dan lagi. Pasti rasa geram bukan?

Sabar.

Memang sesetengah orang begitu perangainya. Mereka hanya mahu meluahkan, hanya mahu orang yang mendengar masalah.

Stop expecting people to be a certain way.

Kita boleh memberi nasihat, namun jangan berharap mereka akan mengikut setiap apa yang kita katakan.
Apa yang boleh kita buat, berikan sepenuh perhatian, dan hormati jenis mereka yang sebegitu, bukan kerana mereka seperti yang anda inginkan.

Jangan berharap perubahan mendadak..
Jika ada perangai yang tertentu pada seseorang yang anda ambil berat, yang anda harap lama-kelamaan ia akan terhapus, ia mungkin tidak akan terjadi.

Jika anda benar-benar serius untuk mereka berubah, perkara yang terbaik yang boleh dilakukan adalah membuat sesi dari hati ke hati secara jujur dan berterus-terang  dan beritahu apa yang mereka perlu lakukan.
Mungkin perkara ini agak sukar dan mustahil.

Lebih-lebih lagi bila melibatkan orang yang sudah dewasa.

Mungkin bunyinya agak kasar, tetapi biasanya pilihan yang ada adalah menerima mereka seadaanya atau hidup tanpa kehadiran mereka.

Bila kita cuba untuk mengubah orang lain, mereka selalunya akan tetap sama tidak berubah.

Jadi bagaimana?

Nasihatlah secara berhikmah, disamping mendoakan mereka diberi petunjuk oleh Allah. Dunia selalunya akan menjadi medan terbaik untuk mengasah dan memperbetulkan kesilapan seseorang.

Allah itu tidak zalim, Dia sentiasa melindungi hambaNya.

5. Orang lain tidak akan dapat rasa apakah perasaan kita

Orang lain tidak boleh membaca fikiran kita.

Mereka tak tahu apa yang anda rasakan sehinggalah anda memberitahu mereka.

Cikgu tidak akan tahu muridnya tidak faham apa yang disampaikan jika murid tidak bertanya. Bos kita tidak akan tahu kita mengharapkan kenaikan pangkat dan gaji jika kita tidak bersuara.

Seseorang tidak akan tahu jika kita menyimpan hati terhadapnya tetapi kita terlalu malu untuk memberitahu perkara sebenar.

Dalam kehidupan, kita harus  berkomunikasi dengan orang lain secara kerap dan efektif. Mulakan perbualan dan cuba buang perasaan malu.

Malu biar bertempat dan jangan sehingga menyusahkan hidup sendiri. Berkomunikasi dengan efektif tidak semestinya perlu bercakap banyak.

Ianya semudah dengan berkata perkara yang ikhlas, sopan dan jelas.

Supporting, sharing and making contributions to other people is one of life’s greatest rewards. Ia boleh berlaku dengan sendirinya kerana kita semua didunia ini selalunya berkongsi impian, keperluan dan masalah yang sama.

6. Jangan berharap kesetiaan dan percaya kepada janji

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan. Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Jangan mudah goyah.

Apa yang perlu adalah menguatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan orang lain tak boleh dipaksa

Oleh itu jangan mudah meletakkan sepenuh hati kita pada sesuatu janji.

Bila kita terlalu berpegang pada janji setia, ia ibarat meletak gelas kaca betul-betul dihujung meja. Sekali gelas itu jatuh berderai dilantai, apabila dicantumkan kembali, ia tidak akan kembali sama.

Begitulah juga hati kita.

Sekali sudah tergores, sukar untuk pulih kembali. Sekali sudah berderai, mustahil untuk hati kita pulih kembali.

Kitalah yang bertanggungjawab untuk menjaga hati sendiri


Penutup

Tidak semua orang boleh berperangai dan bersifat seperti yang anda harapkan.

Tidak mungkin semua orang akan sentiasa setia dan menjaga hati kita, seperti kita menjaga perasaan mereka.
Apa yang kita harus sedar, hidup ini tidak seindah telenovela.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

Berharaplah yang terbaik, tetapi jangan letak jangkaan yang tinggi. Dan ingatlah, kekuatan kebahagiaan kita berkait secara langsung dengan pandangan dan bagaimana kita berfikir tentang sesuatu perkara.

Dan walaupun sesuatu perhubungan itu tidak berlangsung dengan lancar, mungkin ada satu dua perkara yang berbaloi, yang mengajar kita sesuatu dan perkara yang baru.

Tanamkan dalam hati sendiri ‘pasti ada hikmah di sebalik semua ini’.
 http://akuislam.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...