Isnin, 19 Oktober 2015

Rawatan Tradisional Untuk Keracunan Makanan

racun 
Jika anda keracunan makanan, keluar masuk tandas, muntah-muntah, apa yang anda lakukan?? Kebiasaanya, ada yang terus pergi ke klinik, ada juga yang gunakan cara tradisional.. haaa.. nak tau macam mana? jom kita baca lagi..



Lidah buaya
Selain daripada kaya dengan vitamin E, jus lidah buaya dapat membantu mengeluarkan racun dari dalam badan. Racun akibat makanan ini akan dibawa keluar dari badan, kemudian bahagian yang terjangkit disembuhkan oleh jus lidah buaya.

Delima
Delima merah dikatakan boleh mengatasi masalah cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

Daun peppermint
Daun yang berasa segar dan pedas ini memang sedap dimakan bersama mihun sup atau teh panas. Pepermint juga boleh menjadi ubat jangkitan perut yang disebabkan keracunan makanan.

Lemon
Semua orang seeloknya menyimpan buah lemon dalam peti sejuk masing-masing. Lemon terkenal banyak khasiatnya termasuk membunuh bakteria jahat dalam perut yang membuatkan cirit-birit.

Yogurt
Yogurt yang berkrim juga adalah anti septik terbaik untuk perut yang dijangkiti bakteria. Masalah pencernaan dapat diselamatkan dengan bertambahnya bakteria baik yang diperoleh apabila makan yogurt.

Semoga anda cepat sembuh dan selamat mencuba!
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...