Jumaat, 23 Oktober 2015

TIPS - Petua Bendi Supaya Tidak Berlendir

Bendi mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan seperti sayur-sayuran yang lain. Tetapi ada sesetengah orang kurang menggemari bendi kerana bendi ini berlendir. Bendi sedap dimakan sama ada dimasak atau pun dijadikan ulam-ulaman.

Sayur Bendi
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk mengelakkan bendi ini berlendir. Dalam masa yang sama bendi ini akan tahan lama. Tetapi bagaimana caranya?



Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah bendi, minyak masak dan air.
Cara-caranya:
  1. Didihkan terlebih dahulu air dan juga minyak masak mengikut kuantiti yang bersesuaian.
  2. Masukkan bendi dan rebus seketika. Jangan lama-lama. Nanti bendi tersebut akan lembik.
  3. Angkat bendi tersebut dan toskan seketika.
  4. Siap dan boleh dihidangkan.
Sangat mudah kan? Penulis suka dimasak tumis pedas dan makan sebagai ulam-ulaman.
SUMBER : RASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...