Orang
kata - orang katalah anak-anak yang aktif ni adalah anak-anak yang
sihat dan bijak! Cumanya bagi kanak-kanak yang aktif ni, memang ibu bapa
dia dapat senaman ekstra setiap hari. Ekekekeke... Memang ianya akan
agak melesukan atau meletihkan tetapi berfikirlah secara positif
bahawasanya syukurlah pada Allah yang anak-anak kita adalah anak-anak
yang sihat. Farh percaya bukan Farah seorang sahaja sebagai ibu yang
mengalami pengalaman melayan anak aktif dan tau bagaimana rasa itu.
Ianya sesuatu yang sebenarnya sukar untuk ditafsirkan dengan perkataan
rasanya. Ha ha ha... Tapi tidaklah pula Farah nak merungut yer?
Bila
anak terlalu aktif bagaimana pendekatan yang Farah lakukan di dalam
melayan kerenah Ash setiap hari? Owhh sebelum itu, pembesaran dan perkembangan anak-anak juga bergantung kepada “temperament” mereka.
Ia juga dikenali sebagai personaliti. Jadi, tukarlah rasa “terbeban”
dengan keletah anak-anak yang sangat aktif dengan “keseronokan” agar
kita tidak berasa “susahnya jaga anak yang seorang ni”. Ngee...
Bab
tidur siang tu... Memang sejak kebelakangan ni payah sikit dia nak
tidur di siang hari. Semakin membesar semakin susah untuk tidur di siang
hari. Leka dengan aktiviti-aktiviti dia jerlah. Orang yang terlebih
dahulu makan garam mengatakan ia sebagai sedang cuba mencari akal
apabila kanak-kanak sukar tidur. Tak adalah pula Farah atau Nek Ma dia
nak paksa tidur kan?
Nak
kendalikan anak-anak yang aktif ni memang sebenarnya menuntut perhatian
yang lebih sedikit kot? Kotlah, itu pada pemikiran Farah. Cara Farah
layan Ash mudah sahaja iaitu tidak menyekat pergerakkannya, biarkan dia
bermain sehingga puas dan lakukan apa-apa sahaja yang dia mahukan
sehingga dia letih selagi ianya tidak berisiko untuk membahayakan diri
dia dan mendatangkan kecederaan pada diri dia.
Jika
terlalu menyekat pergerakkannya dan disulam dengan makanan perkataan
"no" ataupun jangan, takut-takut boleh mengakibatkan dia berasa tidak
puas dan akhirnya mula memberontak. Memang agak meletihkan berganda dan
memang ada kalanya sukar sedikit mengawal serta mencabar kesabaran. Ha
ha ha... Tapi dah nama pun anak kan? Letih tu belakang kira... Kena
pandai kawal emosi, kawal keadaan, kreatif di dalam mengendalikan dan
didik diri untuk jadi insan yang sangat penyabar.
Ash
tidaklah pula membuatkan Farah rasa susah nak jaga dia, dia aktif
tetapi tidak kacau orang lain. Dia dengan dunianya dan bukan satu
perkara yang sukar buat Farah. Buatkan diri rasa seronok dan motivasi
diri bahawasanya satu hari nanti kita akan rindu saat-saat begini di
dalam kehidupan kita. Tu jer!
*Alhamdulillah,
walaupun dia aktif tetapi masih mampu Farah mencari ruang untuk
pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dan Farah sentiasa fikirkan
bahawasany keaktifan dia adalah sesuatu yang baik untuk perkembangan
dia.
http://www.bubblynotes.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan