Apa Yang Ditulis Dalam Majalah Gila-Gila Remaja Tahun 1993 Menjadi Kenyataan
Jika tahun 90-an adalah zaman
kanak-kanak dan remaja anda sudah pasti anda mengenali majalah ini.
Majalah yang dimaksudkan adalah majalah kartun lawak Gila-Gila Remaja.
Majalah ini menjadi antara majalah yang popular buat penggemar komik
kartun lawak.
Pada masa itu bukan majalah Gila-Gila
Remaja sahaja menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Majalah Ujang, Apo dan beberapa lagi majalah yang menjadi kegilaan
masyarakat masa itu.
Bersiri-siri majalah dikumpul oleh
peminat semasa itu. Sungguh “heaven” jika diingatkan balik
kenangan-kenangan semasa ini. Majoriti remaja semasa itu tidak
didedahkan dengan teknologi dan maka buku-buku dan majalah lah yang
menjadi santapan harian mereka.
Apa yang menarik penulis ingin
kongsikan mengenai Majalah Gila-Gila Remaja adalah imaginasi pelukis
atau karikatur semasa itu. Mereka seakan-akan dapat membaca apa yang
bakal terjadi pada masa hadapan.
Mari kita lihat sedikit petikan dari Majalah Gila-Gila Remaja ini…








Kadang-kadang imaginasi seseorang itu dilihat tidak logik semasa itu tetapi di masa hadapan ia menjadi kenyataan. Inilah pentingnya imaginasi. Imaginasi tiada batasan. Berimaginasilah.
blogammar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan