Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia
berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk
membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.

Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai
institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh
dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat
membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.
1. Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya
anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah
SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan
meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat
terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca
al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah,
Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189)
dan banyak lagi.
Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
3. Amalan Bacaan Al-Quran
3. Amalan Bacaan Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap
membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu
mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut
anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

4. Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu
menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang
mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan
tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian
daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5. Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan
selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan
membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang
seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
6. Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat
merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik
klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan
berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan
ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap
sesuatu perkara.
7. Pengetahuan Asas
7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas
yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri
seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta
bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang
bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah
dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
8. Latihan Matematik

Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini
dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar
membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan.
Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan
otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan
bijak.
Semoga semua ibu mengandung istiqomah melakukan amalan tersebut sambil
jangan lupa berdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar mengurniakan
anak-anak yang soleh dan solehah
majalah pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan