Sabtu, 5 Mac 2016

Jemaah Meninggal Di Masjidil Haram, Rebah Sebaik Selesai Doa Mohon Ampun

Jemaah Meninggal Di Masjidil Haram, Rebah Sebaik Selepas Doa Mohon Ampun
Meninggal dunia di tempat paling mulia, selesai umrah pertama, sebaik habis berdoa kepada Yang Maha Esa agar diampunkan dosanya.

Demikian pengakhiran seorang jemaah dari Malaysia bernama Che Noh bin Yaakob yang meninggal dunia selepas rebah di Masjidil Haram semalam.

Perkara ini diceritakan oleh Ustaz Datuk Haji Mohd Arif yang juga sebagai mutawif kumpulan jemaah yang disertai oleh allahyarham.

Allahyarham yang berasal dari Kota Bharu Kelantan berangkat ke Tanah Suci 2 Mac lalu untuk menunaikan umrah bersama beberapa orang ahli keluarganya.




Dalam catatan di Facebook Ustaz Arif, allahyarham Che Noh telah meninggal di pangkuannya selepas menunaikan solat Subuh. Berikut adalah perkongsian  Ustaz Arif tentang kejadian yang berlaku.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/4/umrah.jpg

Salah seorang jemaah telah kembali ke pangkuan Penciptanya. Selepas solat Subuh di Masjidil Haram, selepas selesai mengerjakan umrah kali pertamanya terus dijemput Allah.

Allahyarham meninggal di atas  ribaku, meninggalkan dunia ini di tempat paling mulia,Tanah Suci, di Masjidil Haram lokasi Bukit Marwah selepas selesai bertahlul.

Katilnya belum sempat diduduki, begnya belum sempat dibuka.

3 minit sebelum rebah beliau sempat berdoa Ya Allah ampunilah dosaku..

Jenazah allahyarham wajahnya bercahaya kuning kekuningan.

Ketika ini berada di Kedutaan Malaysia untuk pengesahan surat pengebumian di Makkah.

Jenazah akan disembahyangkan oleh jutaan ummat Islam dan diimamkan oleh imam Masjidil Haram.

Semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang-orang beriman. Amin.

Takziah kepada semua warisnya. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua dikembalikan. Al-Fatihah...


Melalui catatan terbaru juga Ustaz Arif jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Suci selepas disembahyangkan di Masjidil Haram, Makkah selepas Subuh pagi tadi.

Al Fatihah untuk allayarham semoga di tempatkan kalangan penghuni syurga dan takziah untuk keluarganya.

Sumber Facebook D Mohamad Arif /vaniillakismis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...