Khamis, 12 Januari 2012

TAHNIAH - Khairul Fahmi ‘Apex’ Dipilih Penjaga Gol Terbaik Asia!

                               khairul fahmi che mat

Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia di laman web goal.com pada hari ini. Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23
Apek berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%. Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd). Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.


Siapa sangka Apek bermula dari bukan penjaga gol utama pasukan Kelantan. Jurulatih ketika itu memberi peluang kepada Apek muncul sebagai penjaga gol untuk menaikkan nama Apek dan pengalamannya. Ramai tidak senang dengan Apek ketika itu terutamanya penyokong The Red Warriors kerana saiz badan yang kecil.

Bermula saat itulah, Apek menjadi gol utama Kelantan dan menarik minat jurulatih kebangsaan yang menyerap Apek dalam pasukan kebangsaan. Prestasi Apek yang konsisten yang meletakkan dirinya penjaga gol utama negara, Harimau Malaya. Bukan sahaja ketagasan Apek diminati di Malaysia namun kini di Asia setelah dipilih dan diundi penjaga gol no. 1 Asia.

informasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...