- untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
- untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
- untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
- untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
- untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
- untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
- untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
- untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
- untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
- untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.
scania
Tiada ulasan:
Catat Ulasan