Selasa, 27 Mac 2012

Pekeliling JPA (Gaji SSM Baru) – JPA Keluarkan Sebelum 31 Mac 2012!!

Pekeliling JPA Baru Pekeliling JPA (Gaji SSM Baru)   JPA Keluarkan Sebelum 31 Mac 2012!!
Seperti tajuk laporan berita dia atas, itulah antara bait-bait sebahagian daripada kenyataan dan saranan Cuepacs supaya pekeliling JPA (gaji SSM baru) ini dikeluarkan secepat mungkin iaitu selewat-lewatnya 31 Mac 2012 ini.


Pekeliling JPA (gaji SSM baru) berkenaan dengan pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) sangat penting. Kalau tidak ada, atau lambat lagi mahu diserahkan dan diedarkan kepada kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, bagaimana boleh pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara 7-13% dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan April depan seperti yang dijanjikan pada laporan berita ini “Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April Ini!!“.
  • Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam (kenaikan antara 7% – 13%
  • Tetapi pekeliling JPA masih lagi belum kunjung tiba?
  • Mungkin kalangan PTD sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkannya. Doakan yang terbaik sahaja..
Kalau tiada pekeliling JPA, masakan semua jabatan dan agensi kerajaan boeh buat kiraan gaji? Seterusnya membuat pembayaran pada bulan April depan. Kalau lambat dapat pekeliling JPA, lambatlah jawabnya kalangan kakitangan awam dapat menerima gaji SSM baru.
Pelarasan Gaji 2012 Baru Pekeliling JPA (Gaji SSM Baru)   JPA Keluarkan Sebelum 31 Mac 2012!!
Dan sekali dengan saranan pekeliling JPA (gaji SSM baru) dikeluarkan sebelum 31 Mac 2012 ini, Cuepacs juga mahu sebelum akhir bulan ini :
  1. Kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini. Contohnya, siapa pengerusinya, siapa lagi anggota di pihak kerajaan.
  2. Cuepacs bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya
  3. Kali ini Cuepacs akan meneliti terlebih dahulu draf pekeliling JPA (gaji SSM baru) yang ditambah baik sebelum boleh diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin. Cuepacs tak mahu “pisang berbuah dua kali” seperti yang berlaku pada skim SBPA sebelum ini

P/S : Semakin lambat pekeliling JPA (gaji SSM baru) keluar, semakin cepat kakitangan awam dapat merasa gaji baru, dan…semakin cepat Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan…

beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...