“Anda telah diterima bekerja. berikan e-mel anda, kami akan mengirimkan maklumat yang diperlukan!” kata pegawai penemu duga tersebut.
Malangnya, wanita itu tidak memiliki komputer dan juga e-mel. Penemu duga terus mengatakan bahawa tanpa e-mel, wanita itu tidak boleh diambil bekerja. Wanita itu terpaksa menerima keputusan itu dengan rasa kecewa.
Berbekalkan duit Rm10, dia pergi ke pasar raya terdekat dan membeli 10 kilogram sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa dua jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda. Lalu diulanginya kerja tersebut sebagi pekerjaan tetapnya. Setelah beberapa tahun berniaga, wanita itu mengembangkan perniagaanya dengan membuka beberapa pasar raya di sekitar Kuala Lumpur. Kini dia bergelar usahawan wanita berjaya dan mampu membeli Lamborghini
“Oh… maaf, saya tak ada komputer dan e-mel,” jawab usahawan wanita itu.
Penjual insurans terkejut dan dan berkata: “Aneh! Puan seorang usahawan dan menjalankan perniagaan pasar raya yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan e-mel. Bayangkan apa yang boleh puan lakukan jika puan memiliki komputer dan e-mel!”
Wanita itu menjawab: “Jadi tukang sapu di Cyberjaya!”.
DALAM LAWAK ADA MESEJ YANG TERSEMBUNYI. KETAHUILAH USAHLAH CEPAT BERPUTUS ASA JIKA KITA HIDUP DALAM SERBA KEKURANGAN.
ohtidak
Hahaha... wanita tu betul.
BalasPadam